Friday, May 18, 2012

LIVE: UMNO PULAU PINANG SAMAN LIM GUAN ENG @dzainalabidin

Hari ini jam 8.30 pagi di Mahkamah Jalan Duta, perbicaraan kes saman antara Umno Pulau Pinang  terhadap Lim Guan Eng Setiausaha Agung DAP.

Umno Pulau Pinang diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos akan menjalankan pendakwaan ke atas lim guan eng kerana dua dakwaan iaitu menuduh Umno Pulau Pinang telah terlibat dalam demostrasi ganas pada 1 Julai 2011 dan menuduh membakar pejabat DAP. 

umno pulau pinang  melalui ketua perhubungan negeri Dato Zainal Abidin Osman kali ini tidak akan memberi muka kepada pembuat fitnah tegar seperti lim guan eng dan akan berhadapan saman sebanyak RM30 juta. itu lah harga yang perlu di bayar di atas keceluparan guan eng lidah biawak dan sikap angkuhnya.  Saman malu ini juga difailkan terhadap Parti DAP dan dua orang pekerja Suara Keadilan. 

kronologi kes
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai 2011, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui e-mel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai, tahun lepas, yang antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Beliau didakwa Lim melakukan perkara tersebut melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai 2011. Beliau berkata pada 18 Ogos tahun lepas, Lim telah mengeluarkan satu lagi kenyataan menyinggungnya di hadapan sekumpulan wartawan, yang telah disiarkan di laman berita elektronik, The Malaysian Insider, pada hari yang sama. 
Zainal Abidin berkata antara lain kenyataan itu membawa maksud kononnya beliau telah merancang untuk mensabotaj premis parti DAP di Pulau Pinang, dan kononnya beliau terlibat dalam mencetuskan cubaan membakar premis itu. Beliau berkata akibat kenyataan itu, ia telah merosakkan reputasinya dan menjejaskan kepercayaan parti induk terhadapnya. Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah itu. - Bernama 

nantikan live berita bergambar dari mahkamah jalan duta pagi ini.

1 comments:

Unknown said...

Saman, jgn x saman. Inilah dia berani kerana benar!! Anwar bila nak saman Papa Gomo?

KERANA TERDESAK, NURUL IZZAH KERAH RAJA PETRA SERANG RAJA NONG CHIK? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails