Tuesday, May 15, 2012

JOM HAPUSKAN PINJAMAN TEKUN,,,,!!!!

tahniah kepada peminjam2 tekun kerana menunjukkan sikap amanah dengan membayar balik pinjaman. pembayaran balik ini akan membuka ruang kepada peminjam baru dan secara tak langsung akan melahirkan usahawan baru juga.

sikap ini patut di contohi bukan nya seperti budak2 jahat yang mahu menghapuskan ptptn yang mementingkan diri sendiri.

KUALA LUMPUR — Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional berjaya mengumpul lebih RM1.1 bilion bayaran balik daripada RM2.07 bilion pinjaman yang diagihkannya, sehingga bulan lepas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, Tekun Nasional kini mengumpul RM20 juta bayaran balik pinjamannya sebulan dan berharap jumlah itu meningkat kepada RM25 juta sebulan menjelang akhir tahun ini.

"Tahun lepas kita agihkan RM311 juta dan daripada jumlah itu RM190 juta merupakan bayaran balik pinjaman yang kita agihkan kembali manakala bakinya pinjaman yang diberikan kerajaan kepada Tekun Nasional.

"Tahun ini kerajaan beri RM300 juta dan kami sasar agih lebih RM400 juta, malah jika pembayaran balik lancar kami harap capai RM500 juta,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Usahawan Tekun Cheras bersama Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, Tekun Nasional sentiasa berusaha mempermudah dan mempercepat proses permohonan pinjaman itu bagi mengelakkan usahawan terutamanya usahawan bumiputera meminjam dengan pihak ceti haram atau ah long. — BERNAMA

0 comments:

Related Posts with Thumbnails