Sunday, November 13, 2011

BN pilihan generasi muda

Slogan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya ‘Undilah BN” dilihat sudah tidak lagi relevan digunakan bagi mendapat sokongan pengundi terutamanya generasi muda dalam pilihan raya pada masa ini. 

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana slogan tersebut seolah mengarah pengundi memilih parti sedangkan mereka kini lebih bijak berfikir dan harus diberi kebebasan memilih parti mana patut disokong berdasarkan kuasa yang terletak sepenuhnya di tangan mereka. 

“Slogan ‘Undilah BN’ seolah kita mengarah golongan muda memilih parti kita. “ Sebagai contoh, untuk menarik golongan muda, slogan ‘BN pilihan generasi muda’ lebih sesuai kerana kita memberi pilihan untuk mereka menyertai parti ini dengan menggunakan kebijaksanaan mereka berfikir,” katanya dalam majlis perasmian Kejohanan Futsal Terbuka Selangor 2011 anjuran Gerakan Pemuda BN Petaling Jaya Selatan di Sport Planet Subang Grand. 

Beliau berkata, belia harus sedar BN sebagai satu parti akan sentiasa mendekati dan membantu mereka dalam pelbagai perkara. Sebagai contoh, menyediakan Skim Rumah Pertamaku dan program Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (Prima) serta baucer buku sebanyak RM200 bagi setiap penuntut universiti. 

“Fikirkanlah siapa lebih mendekati golongan ini dan siapa turun padang untuk mereka. Melalui pelaksanaan pelbagai program ini merupakan petanda bahawa kami memahami dan menjaga generasi muda dengan lebih baik,” katanya. 

Katanya, selain menggunakan pendekatan melalui penganjuran aktiviti dan promosi di televisyen, medium laman sosial seperti Twitter dan Facebook juga digunakan untuk menyampaikan mesej parti kepada generasi muda. 

Menurut Khairy, selain kejohanan futsal ini, BN akan melakukan pelbagai lagi program bagi menarik lebih ramai golongan muda menyertai parti itu. 

“Futsal merupakan satu permainan yang diminati golongan muda kini. Kami akan berusaha membina satu gelanggang untuk satu mukim bagi mendekati golongan muda. Setakat ini di kawasan saya iaitu Rembau telah dibina satu gelanggang futsal dan kini digunakan sepanjang masa oleh belia di sana. “Selain gelanggang futsal, kami juga akan melakukan pelbagai lagi aktiviti relavan untuk orang muda. Salah satunya ialah melakukan karnival kerjaya bagi membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan,” katanya.

sumber: SINAR HARIAN

ARAB KOMEN: sememang nya UMNO dan BN harus mencari kaedah terbaru bagaimana nak menarik rakyat supaya mengundi BN, tagline UNDILAH BN sudah terlalu lama, juga jangan lupa segala bentuk poster  harus di ubah agar dapat satu tarikan kepada pengundi pengundi pada PRU13.

arab percaya ini adalah satu bentuk pengiklanan yang terbaik,

0 comments:

Related Posts with Thumbnails