Wednesday, November 9, 2011

RM120j untuk pembangunan bumiputera Pulau Pinang

Program pembangunan bumiputera Pulau Pinang akan diteruskan tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM120 juta daripada kerajaan Persekutuan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, peruntukan itu bagi pelaksanaan projek perumahan, program keusahawanan dan pembangunan modal insan. 

"Bagi tahun 2011 dan 2012, kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM165 juta untuk pembangunan bumiputera. “Sebanyak RM45 juta telah digunakan untuk tahun ini dan selebihnya adalah untuk tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini, 

hari ini. Beliau berkata, daripada peruntukan itu, sebanyak lebih RM100 juta akan digunakan untuk projek perumahan mampu milik, manakala selebihnya untuk melaksanakan pelbagai program lain melibatkan keusahawanan dan pembangunan modal insan. 

"Kita akan beri tumpuan kepada pembinaan rumah yang berharga antara RM70,000 hingga RM150,000 bagi membantu golongan bumiputera memiliki rumah,”

0 comments:

Related Posts with Thumbnails