Menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan para perwakilan agar bersikap professional semasa berbahas.
Beliau mahu mereka berhujah dengan asas yang kukuh di sokong bukti serta data yang lengkap ,
beliau jugak turut menasihati perwakilan agar tidak sekadar retorik semata mata ketika berbahas.
"kita kena sedar bahawa di luar sana bukan kita berbahas dua tiga ribu perwakilan setiap satu perkataan di dengar oleh jutaan rakyat di luar sana melayu dan bukan melayu, mereka bijak pandai dan mereka tahu , mereka bermaklumat dan mereka juga melalui proses yang sudah lama, jadi kita jangan perkecilkan minda mereka" katanya lagi
Beliau juga berharap para perwakilan yang berbahas dapat menunjukan kelainan dan cara berfikir bagi menyakinkan rakyat kepada umno terutamanya orang melayu
Beliau mengingatkan perhimpunan kali ini amatlah penting kerana ianya yang terakhir sebelum PRU13, jesteru itu jadi kan ini sebagai medan bagi sayap pemuda wanita dan puteri untuk memperkemaskan program serta jentera bagi memastikan sokongan terhadap umno.
Maka semua para perwakilan lagi sekali di nasihatkan menggunakan peluang yang ada bagi mendengar amanat yang disampaikan pimpinan umno sekali gus menerapkan kebahagian dicawangan masing masing. ini kerana masa terlalu suntuk semua ahli perlu berkerja keras supaya kemenangan berpihak kepada umno dan barisan nasional pada pilharaya umum akan datang
Sementara itu, pandangan veteran umno bekas adun telok ayer tawar kepada perwakilan UMNO yang akan bersidang minggu depan, mereka mengingatkan ahli ahli umno terutama golongan muda agar mendekati orang lama bagi mendapat tunjuk ajar sebagai panduan,
Veteran umno juga boleh memainkan peranan menarik minat golong orang muda untuk bersama menyokong UMNO
Umno disarankan agar pimpinan umno semua peringat turun ke padang berjumpa rakyat agar dapat menyelesaikan masalah yang di tanggung oleh rakyat, dengan input yang tepat usaha membantu masyarakat dapat dilaksanakan dengan berkesan ia sekaligus menolak tanggapan bahawa mereka dipinggirkan oleh arus pembangunan negara
Rakyat di bawah yang ada masalah setempat perlu di dengar dan di selesaikan bagi menambah sokongan rakyat kepada umno
0 comments:
Post a Comment