Sunday, November 6, 2011

TUGAS RAHSIA: KITA MESTI BUAT FITNAH LAGI

BUKAN sahaja menafikan anak beliau ikut ke Australia baru-baru ini, bahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan isterinya tidak membeli apa-apa barang kemas ketika beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini. 

Beliau berkata orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan. "Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya. 

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM. 

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya. Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah. 

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan fitnah itu sengaja direka oleh pihak tertentu untuk mencemarkan reputasi kepimpinan cemerlang Najib. “Niat mereka juga untuk mencemarkan imej Perdana Menteri Malaysia di mata dunia,” tegasnya. 

Lagipun kata beliau, laporan akhbar itu amat mengelirukan kerana tidak disebut siapakah yang dimaksudkan dengan wanita pertama (first lady). Beberapa portal berita pro-pembangkang memetik sumber daripada berita yang disiarkan oleh akhbar The West Australian. (petikan keratan akhbar berkenaan sepertimana disiarkan oleh sebuah portal berita pro-pembangkang).
Menurut beliau, pihak pembangkang sengaja menyebarkan fitnah tersebut menerusi portal berita untuk memburukkan Rosmah. Beliau kesal isteri Perdana Menteri sering dijadikan mangsa serangan fitnah dalam usaha pembangkang menarik sokongan rakyat. 

“Mereka tidak ada isu lain untuk diketengahkan bagi kepentingan rakyat, oleh sebab itu mereka cipta pelbagai fitnah karut,” tegasnya. Dalam hubungan ini, Syed Ali menasihatkan blogger pro-pembangkang supaya lebih berhati-hati menyiarkan maklumat yang tidak dipastikan kesahihannya. “Mereka mempunyai tanggungjawab memberikan maklumat positif untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya sengaja menabur fitnah dan cerita rekaan,” jelasnya.

dari blog: UMNO CHERAS

0 comments:

Related Posts with Thumbnails