tahniah kepada Dr Novandri Hassan Basri kerana dipilih untuk membaca resolusi Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia dan menyampaikannya sendiri kepada PM Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC kelmarin .
RESOLUSI KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA 2011
BAHAWASANYA kami peserta Konvensyen Media Sosial 1Malaysia,
1. Mengakui bahawa Gagasan 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan dan pelan transformasi yang diilhamkan oleh Perdana Menteri merupakan satu langkah berwawasan bertujuan untuk membawa kemajuan dan kesejahteraan sosial, ekonomi dan politik di dalam negara
2. Menginsafi akan peri pentingnya bagi kerajaan, para pemimpin dan penggiat media sosial untuk mempunyai hala tuju dan pelan komunikasi yang terancang agar usaha menyebarkan maklumat dan memperjelaskan isu dapat dibuat secara lebih berkesan
3. Menyedari bahawa terdapat pihak tertentu yang sanggup menggunakan pelbagai cara yang tidak beretika serta menyebar kepalsuan semata-mata untuk memberi imej yang negatif terhadap pemimpin dan usaha murni kerajaan
4. Mengiktiraf akan kepentingan media sosial yang menjadi saluran informasi dan komunikasi pilihan generasi muda hari ini serta keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya media sosial ini sebagai saluran utama bagi mendekati golongan muda dan menyampaikan maklumat kepada mereka Maka dengan ini, Konvensyen Media Sosial 1Malaysia mengambil ketetapan untuk:

- Pertama, menggesa agar hala tuju dan pelan komunikasi yang tersusun dirangka serta dikoordinasikan dengan baik supaya maklumat dan isu dapat dijelaskan dengan lebih berkesan
- Kedua, mencadangkan agar sebuah bank informasi dibangunkan bagi memudahkan penggiat media sosial untuk membuat rujukan dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantas seterusnya membolehkan ia disebarkan kepada masyarakat pelbagai peringkat dan lapisan demi mempertahankan kebenaran
- Ketiga, menubuhkan satu sekretariat bagi menguruskan bank informasi ini secara efisien dan efektif.
- Keempat, menyarankan agar penglibatan golongan muda melalui pelbagai platform dalam program transformasi Kerajaan dipertingkatkan bagi memberikan mereka gambaran yang jelas mengenai komitmen kerajaan terhadap rakyat, seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjelaskan transformasi yang sedang dilaksanakan ini di media sosial
- Kelima, menyatakan komitmen untuk mengadakan siri jelajah Media Sosial 1Malaysia ke seluruh Negara sebagai satu lagi langkah bagi mendekati penggiat media sosial dari setiap lapisan.
- Keenam, mendesak agar pemimpin-pemimpin Barisan Nasional segera meningkatkan penglibatan di media sosial, memanfaatkan sepenuhnya media ini untuk merasai denyut nadi rakyat serta memenangi hati mereka dan secara pro aktif menyebarkan maklumat, memperjelas isu dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan.
- Ketujuh, menyarankan agar Perdana Menteri menjadikan penglibatan aktif dalam media sosial sebagai salah satu kriteria untuk seseorang dinamakan sebagai calon dalam pilihanraya.
- Kelapan, berikrar akan bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu kerajaan menyebarkan maklumat, memperjelas isu, menegak kebenaran dan menangkis kepalsuan
- Kesembilan menyeru agar semua penggiat media sosial memberi sepenuh tumpuan kepada agenda bersama dan mengetepikan segala perbezaan serta perbalahan peribadi dan kumpulan.
- Kesepuluh, berjanji untuk menggunakan media sosial secara bertanggungjawab demi memastikan hasrat Gagasan 1Malaysia dan pelan transformasi terlaksana dengan jayanya
terima kasih yang tak terhingga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib kerana mengangkat sukarelawan sosial media 1Malaysia sebagai pengamal-pengamal media sosial sebagai tentera-tentera BN yang mempunyai peranan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan lebih tepat.
0 comments:
Post a Comment