Tuesday, November 15, 2011

BN MAMPU MERAMPAS KEMBALI PULAU PINANG

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia  yang telah diadakan di Pulau Pinang  mengariskan beberapa program bakal dilaksanakan selama dua minggu sehingga Perhimpunan Agung UMNO akhir bulan ini,

Antara yang menarik perhatian ialah Pemuda UMNO akan berkerja kuat membantu Pemuda Pulau Pinang bagi merampas kembali beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)di piliharaya yang akan datang.

Setelah di beri  penerangan atau taklimat oleh ketua pemuda pulau pinang sdr ir Shaik Husin, YB ketua pemuda UMNO merumuskan BN boleh menang di beberapa kawasan yang di menangi kerajaan DAP pulau pinang dan beberapa kawasan dari wakil rakyat yang gagal berkhidmat untuk rakyat

“Kami yakin mampu mengekalkan 11 kawasan DUN sedia ada serta menambah bilangan kerusi untuk pilihan raya umum nanti, ia berdasarkan kepada gerak kerja di peringkat akar umbi,” katanya. 

Beliau juga berkata tumpuan dan fokus utama Pemuda UMNO juga diberikan kepada usaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi muda. “Untuk tujuan ini Pemuda telah mewujudkan pangkalan data dalam laman web Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), ia mempunyai maklumat terperinci setiap peserta yang menghadiri program anjuran Pemuda UMNO, maklumat mereka ini akan digunakan untuk membantu persediaan pada pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Sementara itu, Pemuda UMNO akan mengadakan karnival kerjaya Pemuda BN pada 18 Nov hingga 20 Nov ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur bertujuan membantu golongan muda mendapatkan pekerjaan. “Ini sekali lagi usaha kita untuk membantu menyelesaikan masalah golongan muda (dalam mencari kerja). Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis penutup karnival itu,” katanya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails