Friday, November 25, 2011

GELOMBANG BIRU DI KEDAH,

Sudah ada tanda-tanda "gelombang biru", mampu mengembalikan Kedah ke pangkuan Barisan Nasional selepas sepenggal di bawah pentadbiran PAS. 

Pengamatan itu dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hasil sokongan padu dan jitu rakyat negeri itu ketika lawatan kerja seharinya ke bumi jelapang padi itu. 

Apa yang lebih penting kata beliau, momentum itu perlu dikekalkan dengan memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat yang gagal ditangani kerajaan negeri PAS. 

Tan Sri Muhyiddin berucap di Majlis Kenduri Rakyat di Dataran Serdang dihadiri lebih lima ribu penduduk sekitar. Beliau menyenaraikan semua inisiatif kerajaan pusat untuk menyelesaikan masalah asas rakyat dan juga mengurangkan bebanan orang awam. Selain pelbagai subsidi yang sudah lama dinikmati, rakyat juga kini menerima wang bantuan mengurangkan bebanan harian. Seperti RM100 kepada pelajar sekolah dan juga RM500 buat isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah yang akan diagihkan bermula tahun hadapan. 

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN / TIMBALAN PERDANA MENTERI Kita tak buat sewenang-wenang atau pun untuk politik. Kita serius mahu membantu rakyat. Saya dukacita apabila ke Kedah sebab PAS tak lakukan apa-apa seperti di Kelantan dah ada gelombang merah di Kedah buatlah gelombang biru yg penting rakyat harus sedar dah cukup satu penggal kepada PAS dan tebuskan kembalikan Kedah kepada kerajaan BN. 

Selain gagal membawa pembangunan dan kemajuan dalam tempoh empat tahun lalu, kerajaan PAS, katanya, juga gagal menunaikan janji pilihan raya kepada pengundi di negeri itu. Justeru, beliau menggesa rakyat Kedah membuat percaturan bijak, memilih BN agar negeri terbabit tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Pada majlis ini, beliau turut mengumumkan peruntukkan RM5 juta membina masjid di kawasan berkenaan. 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails