Wednesday, November 30, 2011

DAP PARTI PALING RACIST.

Pada ucapan perasmian pergerakan pemuda, puteri dan wanita yang telah disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah membidas pihak pembangkang Pakatan rakyat,

Beliau terus menghentam hingga lunyai yang bukan sahaja di saksikan para perwakilan dan pemerhati malah jutaan rakyat Malaysia secara LIVE.

Dalam ketegasan beliau menyatakan parti DAP adalah parti yang paling racist di Malaysia, tohmahan berbagai tohmahan telah di lemparkan bagi menjatuhkan persepsi orang melayu terhadap UMNO, Dap juga ada agenda untuk melihat perpecahan orang melayu Islam khasnya dan bukan orang islam,

Dalam ucapan bertajuk 'Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad' itu, Muhyiddin seterusnya mengingatkan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa.

Dap adalah bukan parti orang melayu dan bumiputera ini kerana walaupun DAP adalah parti DEMOKRATIK kononnya, tetapi sebenarnya DAP adalah parti untuk satu kaum sahaja

nampaknya kelantangan pemimpin no 2 ini terus di hangatkan bilamana beliau berkata mana mungkin UMNO akan mengantikan PAS sebalik DAP lah yang akan mengantikan PAS, ini kerana telah jelas bahawa

"DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir."Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa."Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang

parti PKR yang di terajui oleh DSAI juga tidak terlepas menjadi bahan, Jelas Muhyiddin, mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

"PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah."

Muhyiddin juga sempat berpantun yang ditujukan khas untuk PKR
Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

di akhir ucapan nya, beliau menyeru semua ahli pemuda. puteri dan wanita terus menjuang bagi memastikan kemenangan pada PRU13 berpihak kepada UMNO dan BN.







0 comments:

Related Posts with Thumbnails