Sunday, May 5, 2013

UPDATE PRU 13: 60% KELUAR MENGUNDI.




KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat pukul 1 tengahari tadi sejumlah 58.99 peratus pengundi telah mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Ia bersamaan 7.6 juta pengundi daripada 13.2 juta yang berdaftar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses pengundian di seluruh negara berjalan lancar dan berharap masih ramai pengundi yang akan keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebelum pusat pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

"Seramai 12,885,434 pengundi (pengundi biasa) akan mengundi pada hari ini di 8,245 pusat mengundi dengan 25,337 saluran mengundi. Sehingga jam 12 tengah hari, seramai 7,600,499 (58.99 peratus) pengundi biasa telah keluar mengundi.

"Setelah dicampur dengan jumlah pengundi awal dan pengundi pos, jumlah keseluruhan keluar mengundi ialah 7,916,703 (59.67 peratus)," katanya.

Abdul Aziz berkata sepanjang tempoh itu, tiada sebarang laporan insiden tidak diingini yang mengganggu proses pengundian di seluruh negara.

Pusat pengundian akan dibuka sehingga 5 petang ini dan angka itu dijangka akan meningkat biarpun laporan awal menyebut hujan diramal turun di kebanyakan kawasan di serata negara.

Sementara itu, peratusan mengikut negeri berbeza-beza dengan Selangor mencatat 58.96 peratus atau 1.2 juta daripada 2.03 juta pengundi di negeri itu.

Di Negeri Sembilan setakat 1 tengah hari mencatat 58.35 peratus daripada 555,982 pengundi manakala di Melaka setakat 12 tengah hari mencatat 40 peratus daripada keseluruhan 424,519 pengundi berdaftar

- sumber astroawani


- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

Related Posts with Thumbnails