Thursday, May 30, 2013

INI SALAH SIAPA ???

melihat pada photo ini di mana silapnya ????,

Gambar ini menunjukkan kesalahan ejaan 'SETSEN KERETAPI' yang sepatutnya "STESEN KERETAPI". Kesalahan yang dilakukan ini sama ada dilakukan secara sedar atau tidak atau sememangnya pihak berkenaan tidak mengetahui ejaan sebetulnya.

perkara ini tidak boleh di maafkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Jika papan tanda kedai makan boleh lagi di maafkan tapi ini papan tanda arah jalan yang di fahamkan di pantau oleh pihak berkuasa tempatan.

persoalan yang timbul adakah syarikat periklanan ini tidak tahu bahasa melayu atau orang dalam pejabat majlis tidak faham bahasa melayu ???

Kesalahan ejaan pada papan tanda boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Hal ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan masyarakat sudah tidak tahu ejaan yang mana satu betul dan salah. Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu juga tidak akan berjaya kerana di papan tanda pun masih ada kesalahan yang dilakukan apatah lagi penggunaan bahasa Melayu di tempat lain.

2 comments:

Anonymous said...

Ini semua salah Pemenrintah!!! Negeri atau Persekutuan? Bagaimana golongan pelaksana? Ini bukan persoalan, mereka takkan peduli apa masalah bahasa, sebab bukan bahasa "mereka" dan bukan perjuangan "mereka"

Anonymous said...

INI salah bangla kedai tu la .....kau orang boleh tengok banyak kesalahan ejaan ni kenderaan awam dan lori lori siapa nak ambil tindakan .......pegawai yang bertangung jawab pun tak preksa dulu main pakai sain aja ........bodoh punya pegawai.

Related Posts with Thumbnails