Monday, August 6, 2012

TERGAMAK KETUA MENTERI PULAU PINANG MENIPU RAKYAT NYA..!!!!

 

“Kita sedang merangka mini manifesto yang akan menjanjikan kepada rakyat Pulau Pinang, sekiranya Barisan Nasional (BN) kembali diberi mandat untuk terajui dan memerintah negeri Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 maka kita akan bina antara 15 ke 20 ribu rumah kos rendah dan sederhana rendah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang. Ini janji kita,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online ketika diminta mengulas mengenai isu rumah kos rendah di Negeri Pulau Pinang.
Tambah Zainal Abidin, secara keseluruhannya, BN sedang meneliti melalui agensi-agensi kerajaan persekutuan tanah-tanah yang boleh dibangunkan untuk melaksanakan projek ini sekira BN kembali berkuasa di Pulau Pinang.

“Perkara ini akan diletakkan dalam mini manifesto dan kita akan pastikan ianya boleh dibina dalam masa terdekat sehingga lima tahun. Hasil daripada kajian yang telah kita lakukan, 15 ke 20 ribu rumah kos rendah dan sederhana akan dibina iaitu secara keseluruhannya merangkumi tiga ke empat ribu unit setahun. “
Kesemua rumah ini adalah untuk rakyat Pulau Pinang dan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana akan diberi keutamaan untuk memberli rumah ini.


Ianya diharapkan akan memberi kesejahteraan kepada sekurang-kurangnya 80 ke 100 ribu rakyat rakyat negeri ini dengan anggaran empat ke lima orang satu keluarga.
 

“Inilah janji BN yang akan kita lunaskan sekiranya BN kembali diberi kepercayaan untuk memerintah Pulau Pinang,” ujarnya lagi. Menurut beliau, setiap janji yang dikatakan oleh BN sudah pasti sesuatu yang boleh dipercayai kerana BN sentiasa mengamalkan janji ditepati. Jelasnya lagi menyedari akan permasalahan rakyat negeri tersebut mengenai pembelian rumah, maka sebab itulah perkara ini diletakkan dalam manifesto BN Pulau Pinang dalam menghadapi PRU ke 13.
 

“Sejak DAP menerajui negeri Pulau Pinang selepas memenanginya di PRU yang lalu, rakyat Pulau Pinang tidak mampu untuk membeli rumah terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Rumah-rumah yang dibina di Pulau Pinang adalah rumah mewah dan tiada satupun rumah kos rendah dan sederhana yang di bina oleh Kerajaan Pulau Pinang.

“Ini membuatkan rakyat Pulau Pinang tidak memiliki kediaman mampu milik dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dan berhijrah ke negeri lain”, katanya. – MediaUMNO

 

seperti filem MADU TIGA, kalau mahu kahwin tiga kena pandai pembohong dan temberang... !!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails