Saturday, August 11, 2012

ISU AIR DI SELANGOR TERLALU MENYUSAHKAN RAKYAT...!!!!


Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. 

keadaan ini menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini. “Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar. 

isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air.jangan hanya tahu mencari salah kerajaan pusat. Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails