Friday, August 24, 2012

LIM GUAN ENG MEROMPAK TANAH KERAJAAN..!!!!!



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.

Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin. "Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin. "Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini sebagaimana yang turut disiarkan New Straits Times hari ini.

Barisan Nasional (BN) negeri baru-baru ini mendedahkan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini yang pernah dicadangkan untuk projek perumahan rakyat (PPR). Begitu juga dengan penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pemaju swasta.

Musa menambah, beliau hairan dengan tindakan tergesa-gesa Guan Eng menjual tanah-tanah milik kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak swasta. Menurutnya, tanah-tanah tersebut sepatutnya boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.

"Kalau syarikat swasta ambil tanah kemudian dijual, itu tidak mengapalah sebab mereka nak berniaga tetapi kenapa Guan Eng sendiri jual tanah milik kerajaan negeri kepada swasta? "Saya rasa rakyat Pulau Pinang juga boleh menganugerahkan Guan Eng sebagai broker tanah paling handal di dunia," ujarnya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails