Thursday, August 9, 2012

Tan Sri Jins Shamsudin hilang ingatan ???

PETALING JAYA: Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila pelakon itu sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang menziarahinya pada Rabu.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, Jins sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini selepas menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

Jurey menjelaskan pada lawatan itu, Jins kelihatan ceria dan menyambut kedatangan mereka dengan baik tetapi sudah tidak mengingati mereka lagi.

"Walaupun sudah tidak ingat beliau tetap melayan kami dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya.

Pada lawatan itu, pihaknya sempat menyampaikan sumbangan berbentuk hamper serta sumbangan wang tunai sebagai ingatan sempena kedatangan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Jurey memberitahu walaupun keadaan ingatan Jins semakin lemah tetapi memorinya mengenai industri perfileman tidak pernah luntur.

Sepanjang pertemuan itu Jins banyak bercerita mengenai sejarah tentang studio Jalan Ampas, peranannya dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gafim.

"Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik," ujarnya.

Tambah Jurey, Jins turut memberitahu masih ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada industri selain mahu kembali bekerja seperti biasa.

"Sekarang ni memang beliau hanya duduk di rumah dan berehat namun keinginannya untuk kembali bekerja dan berkhidmat kepada negara masih tinggi," katanya.

Sumber mStar online

semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Tan Sri Jins Shamsudin,


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Anonymous said...

minta maaf yer..sila btol kn tajuk anda itu..bkn hilang ingatan..

Anonymous said...

Mudah-mudahan Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin akan sihat seperti sediakala...

Tan Sri, saya kira bukan hilang ingatan, beliau hanya mengalami kepenatan minda dan mungkin dengan doa in sya Allah Tan Sri akan sihat semula...

Diharap beliau tetap diberi perhatian... Ini akan memberikan beliau kekuatan... mudah-mudahan...

Related Posts with Thumbnails