Thursday, August 30, 2012

KALIMAT HUDUD YANG ADA DIDALAM QURAN.

Kalimat hudud (had-had) di dalam al-Qur'an Kesemua 9 ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hudud, atau had-had dalam bahasa Melayu, disenaraikan di bawah ini: 

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa. (jangan keluar daripada hudud Allah) 

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim. (jangan mencabuli hudud Allah) 

2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan hudud (had-had) Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui. (Allah sendiri memperjelaskannya) 

4:13. Itu adalah hudud (had-had) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (dua ayat sebelum ini, iaitu 4:11 dan 4:12, Allah menjelaskan mengenai pembahagian harta pesaka) 

4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli hudud-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina. (Allah dan rasul menyampaikan hudud-Nya) 

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui hudud (had-had) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana. (orang Arab sendiri boleh tidak mengetahuinya kerana tidak percaya, atau kafir, dan kerana kemunafikan mereka) 

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga hudud (had-had) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin. (sifat orang mukmin) 

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih. (azab pedih bagi mereka yang tidak percaya pada hudud Allah) 

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru. (menzalimi diri sendiri)

sila rujuk dan baca Alquran, jangan tahu ikut membabi buta saja. 

10:100 Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

0 comments:

Related Posts with Thumbnails