Monday, August 6, 2012

INGAT HUDUD….INGAT KARPAL,,PAS MEMANG MUNAFIK LAH..!!!!

 

560867_466267153397431_1004710574_n

ahli pas dan penyokong kena akui walaupun pedih ulu hati sampai buasir sekali pun terpaksa ikut DAP. kalau saja saja nak tunjuk pandai dengan keluar dari pakatan, arab nak kata selamat jalan lah pas pada pru 13 ini.

INGAT HUDUD INGAT KARPAL..

arab sekarang dah keliru, sudah tidak boleh nak kaitkan isu hudud itu adalah pas. tetapi bila ingat hudud pasti akan ingat karpal singh. 

Perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud semakin parah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) menegaskan parti itu akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum tersebut jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hudud, Karpal dengan lantang menegaskan DAP kekal dengan pendirian tidak akan sesekali mendokong hasrat Pas yang baru mengubah dasar perjuangan kepada negara berkebajikan untuk mewujudkan negara Islam.

Serentak dengan itu, beliau berkata, DAP tidak akan sesekali menawarkan diri berunding dengan Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud tersebut.

“Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang. Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami.

“DAP tidak akan berganjak daripada pendirian ini sejak penubuhan parti iaitu tidak bersetuju dengan penubuhan negara Islam dan hukum hudud kerana ia tidak sesuai dengan negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia," katanya sebagaimana disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3, di sini malam ini.

Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal yang menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur mengenai pelaksanaan hukum tersebut. – UTUSAN.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails