Wednesday, August 29, 2012

PAS GUNA ISLAM UNTUK TIPU RAKYAT...KERANA ORANG MELAYU AGAMA ISLAM.

“Pas tidak pernah berjuang untuk agama, Pas hanya pandai bercakap mengenai agama tetapi tidak pernah melakukannya, mereka hanya pandai bercakap sahaja tetapi perbuatan tidak pernah dilaksanakan.

“Apa yang sudah Pas perjuangkan untuk agama, sehingga kini mereka tak mampu pun bina sebuah masjid, sudah lebih 20 tahun jadi pemerintah di Kelantan apa yang sudah Pas lakukan, itu sebab agama kepada Pas adalah untuk politik sahaja,” kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Mat.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO sudah kehilangan tokoh agama.

Hadi membuat kenyataan itu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu di ibu negara, baru-baru ini ketika mengulas berhubung isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Menurutnya, UMNO terpaksa menggunakan khidmat Nasharudin untuk mengadakan pertemuan Perdana Menteri, Datuk seri Mohd Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi kerana UMNO sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa menumpang tokoh dari Pas.

Alwi berkata, jika benar Pas berjuang untuk agama, apakah yang sudah dilakukan oleh Pas untuk orang Islam, berbanding UMNO yang sudah melaksanakan banyak perkara berdasarkan syariah Islam dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Sudah banyak kejayaan sudah dilakukan oleh UMNO berdasarkan syariat Islam, tanya kepada Pas, siapakah yang memperkenalkan bank Islam di negara ini, malah sistem perbankan Islam yang diperkenalkan di negara ini turut digunakan secara meluas oleh bank-bank lain.

“Pas perlu sedar pengiktirafan negara- negara Islam terhadap pentadbiran dan kemajuan Malaysia itu adalah hasil usaha UMNO yang menjadi pemerintah di negara ini sejak merdeka, kita tidak perlu bercakap macam Pas mendabik dada kononnya berjuang untuk Islam.

“Sebaliknya orang luar yang beri pengiktirafan kepada kita, kepada negara kita bukannya kepada Kelantan yang diperintah Pas,” katanya.

Menurutnya, tidak perlu mengikut rentak Pas yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melakukannya, seharusnya mereka melaksanakannya apa yang diperkatakan jangan hanya untuk dijadikan modal politik untuk mendapat undi. -MediaUMNO

0 comments:

Related Posts with Thumbnails