Friday, August 17, 2012

LIM GUAN KANCING GIGI KENA BELASAH...!!!



Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini. Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200.

Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini. "Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang.

"Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya.


0 comments:

Related Posts with Thumbnails