Thursday, August 30, 2012

KALIMAT HUDUD YANG ADA DIDALAM QURAN.

Kalimat hudud (had-had) di dalam al-Qur'an Kesemua 9 ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat hudud, atau had-had dalam bahasa Melayu, disenaraikan di bawah ini: 

2:187. Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah menuliskan (menetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itulah hudud (had-had) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa. (jangan keluar daripada hudud Allah) 

2:229. Penceraian (talak) adalah dua kali; kemudian menahan dengan baik, atau melepaskan dengan baik. Tidaklah halal bagi kamu untuk mengambil daripada apa yang kamu telah memberikan mereka kecuali keduanya takut bahawa mereka tidak dapat melakukan hudud (had-had) Allah. Jika kamu takut mereka tidak dapat melakukan had-had Allah, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk dia (isteri) menebus dengannya. Itulah had-had Allah; janganlah mencabulinya. Sesiapa mencabuli had-had Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim. (jangan mencabuli hudud Allah) 

2:230. Jika dia menceraikannya, dia (isteri) tidak halal baginya sesudah itu sehingga dia berkahwin suami yang lain. Kemudian jika dia (suami baru) menceraikannya, maka tidaklah bersalah ke atas mereka untuk kembali kepada satu sama lain, jika mereka menyangka bahawa mereka akan melakukan hudud (had-had) Allah. Itulah had-had Allah; Dia memperjelaskannya bagi kaum yang mengetahui. (Allah sendiri memperjelaskannya) 

4:13. Itu adalah hudud (had-had) Allah, dan sesiapa mentaati Allah dan rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke taman-taman yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, di dalamnya tinggal selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (dua ayat sebelum ini, iaitu 4:11 dan 4:12, Allah menjelaskan mengenai pembahagian harta pesaka) 

4:14. Tetapi sesiapa mengingkari Allah dan rasul-Nya, dan mencabuli hudud-Nya, dialah yang Dia akan memasukkan ke Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan baginya azab yang hina. (Allah dan rasul menyampaikan hudud-Nya) 

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui hudud (had-had) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana. (orang Arab sendiri boleh tidak mengetahuinya kerana tidak percaya, atau kafir, dan kerana kemunafikan mereka) 

9:112. Orang-orang yang bertaubat, orang-orang yang menyembah, orang-orang yang memuji, orang-orang yang berpergian, orang-orang yang tunduk, orang-orang yang sujud, orang-orang yang menyuruh pada yang baik dan melarang daripada kemungkaran, dan orang-orang yang menjaga hudud (had-had) Allah - dan berilah kamu berita gembira kepada orang-orang mukmin. (sifat orang mukmin) 

58:4. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih. (azab pedih bagi mereka yang tidak percaya pada hudud Allah) 

65:1. Wahai Nabi, apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, maka ceraikanlah mereka apabila mereka sampai tempoh mereka. Hitunglah tempoh itu, dan takutilah Allah, Pemelihara kamu. Janganlah mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, dan jangan juga membiarkan mereka keluar, kecuali mereka melakukan kesumbangan yang nyata. Itulah hudud hudud (had-had) Allah; sesiapa mencabuli hudud Allah, dia menzalimi dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui mungkin setelah itu Allah mengadakan perkara yang baru. (menzalimi diri sendiri)

sila rujuk dan baca Alquran, jangan tahu ikut membabi buta saja. 

10:100 Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya).

Wednesday, August 29, 2012

PAS GUNA ISLAM UNTUK TIPU RAKYAT...KERANA ORANG MELAYU AGAMA ISLAM.

“Pas tidak pernah berjuang untuk agama, Pas hanya pandai bercakap mengenai agama tetapi tidak pernah melakukannya, mereka hanya pandai bercakap sahaja tetapi perbuatan tidak pernah dilaksanakan.

“Apa yang sudah Pas perjuangkan untuk agama, sehingga kini mereka tak mampu pun bina sebuah masjid, sudah lebih 20 tahun jadi pemerintah di Kelantan apa yang sudah Pas lakukan, itu sebab agama kepada Pas adalah untuk politik sahaja,” kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Alwi Che Mat.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa UMNO sudah kehilangan tokoh agama.

Hadi membuat kenyataan itu selepas mempengerusikan mesyuarat biro politik dan pilihan raya, di pejabat parti itu di ibu negara, baru-baru ini ketika mengulas berhubung isu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Menurutnya, UMNO terpaksa menggunakan khidmat Nasharudin untuk mengadakan pertemuan Perdana Menteri, Datuk seri Mohd Najib Tun Razak dengan ulama Arab Saudi kerana UMNO sudah kehilangan tokoh agama sehingga terpaksa menumpang tokoh dari Pas.

Alwi berkata, jika benar Pas berjuang untuk agama, apakah yang sudah dilakukan oleh Pas untuk orang Islam, berbanding UMNO yang sudah melaksanakan banyak perkara berdasarkan syariah Islam dalam pelbagai bidang di negara ini.

“Sudah banyak kejayaan sudah dilakukan oleh UMNO berdasarkan syariat Islam, tanya kepada Pas, siapakah yang memperkenalkan bank Islam di negara ini, malah sistem perbankan Islam yang diperkenalkan di negara ini turut digunakan secara meluas oleh bank-bank lain.

“Pas perlu sedar pengiktirafan negara- negara Islam terhadap pentadbiran dan kemajuan Malaysia itu adalah hasil usaha UMNO yang menjadi pemerintah di negara ini sejak merdeka, kita tidak perlu bercakap macam Pas mendabik dada kononnya berjuang untuk Islam.

“Sebaliknya orang luar yang beri pengiktirafan kepada kita, kepada negara kita bukannya kepada Kelantan yang diperintah Pas,” katanya.

Menurutnya, tidak perlu mengikut rentak Pas yang hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu melakukannya, seharusnya mereka melaksanakannya apa yang diperkatakan jangan hanya untuk dijadikan modal politik untuk mendapat undi. -MediaUMNO

Tuesday, August 28, 2012

DATUK NALLA SOKONG HUDUD, ANWAR IBRAHIM TOLAK HUDUD

Pas dinasihatkan tidak berharap kepada komitmen Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada masa depan.

Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan (gambar) berkata, berdasarkan kenyataan Anwar selama ini, beliau secara jelas menyatakan hukum syariah itu tiada dalam dasar bersama pakatan pembangkang atau dokumen Buku Jingga yang menggariskan agenda pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, kata Nallakaruppan, beliau berasa kasihan terhadap para pemimpin Pas yang beria-ia mahu memperjuangkan hukum hudud sedangkan Anwar tidak bersedia melaksanakannya dan DAP pula secara konsisten serta keras menentang agenda tersebut.

"Saya menghormati para pemimpin spiritual Pas yang tegas memperjuangkan hukum hudud kerana mereka ikhlas dan komited terhadap usaha itu, tetapi selagi berada dalam pakatan pembangkang, hudud dilihat amat sukar dilaksanakan.

"Di samping itu, Pas tidak boleh berharap kepada Anwar kerana Anwar sendiri takut terhadap hukum hudud apabila beliau selama ini terlibat dalam pelbagai isu moral," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang merupakan bekas rakan karib Anwar selama lebih 30 tahun mengulas mengenai pendirian Anwar selaku Ketua Pembangkang yang tidak jelas mengenai hudud ekoran perbalahan berterusan Pas dan DAP dalam aspirasi pelaksanaan hukum itu.

Pada sidang akhbar 28 September 2011, Anwar menjelaskan hudud bukan merupakan sebahagian agenda pembangkang buat masa ini tetapi pada masa sama memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

Dalam satu kenyataan menerusi blog beliau kelmarin pula, Anwar sekadar menegaskan pakatan pembangkang mengiktiraf, menghormati perbezaan pandangan serta kedudukan komponen pembangkang berkenaan hukum hudud dan mendakwa ia merupakan penerimaan mereka terhadap amalan konsensus politik.

Sementara itu, Nallakaruppan memberitahu, Pas dan rakyat tidak harus terpedaya dengan tindak-tanduk serta kenyataan bercelaru Anwar dalam isu hudud kerana Ketua Pembangkang tersebut mempunyai keupayaan mengelirukan masyarakat.

"Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri dalam blog beliau beberapa hari lalu mengakui terpedaya dengan imej Islamik Anwar yang warak dan menasihatkan semua rakyat terutama penyokong pembangkang tidak ikut tertipu.

"Seperti yang kita tahu, Anwar hanya bercita-cita menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun dan mengimpikan untuk menguasai Putrajaya," katanya. - UM.

arab nak komen; puak pas jangan jadi macam anjing,,, di panggil pun jelir lidah, di halau pun jelir lidah jugak.. 

TIADA DETIK MENJELANG 12 TENGAH MALAM ?, INI BELUM PERNAH BERLAKU DALAM SEJARAH. PENGANJUR BERSIH BUAT TAK FAHAM

Pihak polis tidak memberi sebarang 'lampu hijau' diberikan kepada penganjur Himpunan Janji Bersih yang akan diadakan pada 30 Ogos ini, tetapi penganjur akan mengadakan sambutan Ambang Merdeka menggunakan tema "Janji Demokrasi".

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dipetik Bernama berkata, tiada sebarang kebenaran diberikan oleh pihak polis kepada penganjur kerana Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis 10 hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis, namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan.

Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan.

Menurutnya, perbincangan selama satu jam antara polis dan wakil penganjur di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini bertujuan menerangkan kepada penganjur berhubung syarat-syarat yang perlu dipersetujui sekiranya ingin menganjurkan perhimpunan tersebut seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan, pemasangan kain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan.

"Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selain kita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut," katanya.

Katanya, polis turut menasihatkan penganjur agar dapat mengawal segala kelakuan peserta perhimpunan itu daripada bertindak liar serta menimbulkan kekecohan.

"Polis akan bertindak menahan peserta perhimpunan sekiranya mereka (peserta) melanggar akta yang telah ditetapkan," katanya.

Sementara itu, penganjur perhimpunan Maria Chin Abdullah ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah berkata, pihaknya akan mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi berbeza dengan cara yang berlainan.

Beliau berkata, pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal pukul 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.

"Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

Kita berjanji perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman," katanya.

Katanya, pihak polis memang tidak memberikan kebenaran kepada pihaknya mengadakan sambutan Ambang Merdeka.

"Tetapi kami memberitahu polis bahawa kami cuba mengadakan sambutan menjelang detik 12 tengah malam, dan memberitahu polis bahawa tidak perlu ada kebenaran... sebab itu adalah hari sempena kemerdekaan... ini bukan perhimpunan, satu majlis sahaja," kata beliau lagi.

Ketika dihubungi sekitar 8 malam ini, Maria Chia berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan esok untuk menentukan langkah susulan ekoran laporan media bahawa pihak polis tidak beri 'lampu hijau'.

Maria Chin juga berkata, polis juga memaklumkan pihaknya dalam pertemuan hari ini bahawa tiada sambutan mengira detik menjelang 12 tengah malam.

"Ini maklumat baru yang kami terima hari ini. Jika betul tidak ada, kami harap pihak polis akan membuat hebahan menerusi media," katanya lagi.- SH

arab nak komen: apa nak hairan dengan pihak polis kalau tiada detik menjelang 12 tengah malam kalau dah terpaksa demi mahu menjaga keamamana negara dari di rosakkan oleh puak puak beruk makyeh kotor. rakyat tidak lupa bagaimana signal anwar dan azmin yang telah menghuru hara kan bandar kuala lumpur. rakyat masih ingat bagaimana gelagat puak puak haram jadah kotor menganas. 

Saturday, August 25, 2012

PEMIMPIN2 PAKATAN ADA GELARAN YANG DI ANGKAT OLEH PENYOKONG

Mansor gelar Lim Guan Eng "tokong", Azizah kata Anwar Ibrahim "anugerah Tuhan." Adakah PKR & DAP sdg berusaha meletakkan pemimpin-pemimpin mereka di maqam yang lebih tinggi dari "Tok Guru" PAS?

Sejarah gelaran tok guru pernah di bongkarkan oleh bekas pengikut pas, kononnya gelaran itu bakal mengerunkan penyokong mereka, walhal nik aziz bukan seorang tok guru pun,
Selepas itu, penyokong2 peliwat tegar telah cuba mereka cipta satu gelaran untuk pemimpin mereka anwar ibrahim ada lah "anugerah tuhan" bagi mengambarkan gelaran itu lebih baik dari tok guru,

Baru baru ini pemimpin DAP pun ada juga, malah lebih besar dari tok guru lebih baik dari anugerah tuhan, bilamana mansor telah mengelarkan guan eng sebagai tuhan a.k.a tokong mereka.

Hebat memang hebat lah, dalam politik demi satu undi apa saja sanggup, tuhan pun tuhan lah janji putrajaya akan di tawan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 24, 2012

LIM GUAN ENG MEROMPAK TANAH KERAJAAN..!!!!!



Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya.

Sikap ditunjukkan Guan Eng itu kata Musa jelas berbeza dengan Robin Hood kerana Robin Hood merompak harta orang kaya untuk diberikan kepada golongan miskin. "Kita biasa dengar tentang Robin Hood yang merompak orang kaya dan beri kepada orang miskin. "Tetapi pada zaman moden ini, ada Robin Lim yang mengambil tanah orang miskin (rakyat) lalu diberikan kepada orang kaya (pemaju swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di sini sebagaimana yang turut disiarkan New Straits Times hari ini.

Barisan Nasional (BN) negeri baru-baru ini mendedahkan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini yang pernah dicadangkan untuk projek perumahan rakyat (PPR). Begitu juga dengan penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara kepada pemaju swasta.

Musa menambah, beliau hairan dengan tindakan tergesa-gesa Guan Eng menjual tanah-tanah milik kerajaan DAP Pulau Pinang kepada pihak swasta. Menurutnya, tanah-tanah tersebut sepatutnya boleh dibangunkan sebagai kawasan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah.

"Kalau syarikat swasta ambil tanah kemudian dijual, itu tidak mengapalah sebab mereka nak berniaga tetapi kenapa Guan Eng sendiri jual tanah milik kerajaan negeri kepada swasta? "Saya rasa rakyat Pulau Pinang juga boleh menganugerahkan Guan Eng sebagai broker tanah paling handal di dunia," ujarnya.

PANAS LAGI: MANSOR NAK JADI DUTA CHINA.

suara dari dalaman DAP untuk berjumpa anwar ibrahim bagi menyatakan untuk menasihati si lidah biawak guan eng. tetapi berani sangat kah anwar itu. ???? 

perlukah dia sebagai ketua dalam pakatan rakyat untuk masuk campur dalam pergeseran antara kepimpinan parti DAP, PKR dan PAS.  

kesombongan ketua menteri DAP Pulau Pinang dalam memerintah negeri amatlah ketara bukan sahaja pada pengundi2 melayu dan india malah telah menjadi kebencian kepada pengundi cina pula. 

malaysiakini telah mendedahkan minit mesyuarat PKR bocor di internet, lantas guan eng meminta penjelasan dari pkr. arab nak kata ini lah strategi terancang oleh pakatan rakyat yang kononnya mahu merampas kerajaan bn. tetapi mereka sendiri terlupa ada kawan sedang menunggu masa hendak menikam satu persatu dari belakang. semakin nak dekat PRU13 pakatan haram jadah sudah menjadi tidak tentu hala. bagaimana nak memerintah negara ???? rakyat harus faham situasi sekarang ini. 

apa yang di dedahkan sememangnya benda ini telah menjadi cakap cakap orang di permatang pauh itu sendiri, di katakan mansor ayaq tidak berhasrat langsung untuk menjadi wakil rakyat pada pru 13 tetapi mahu menjadi duta di negara china. gaji wakil rakyat sikit, itu pun kalu pakatan berjaya tawan putrajaya. mansor mendedahkan lagi, ada di beberapa kerusi di dun pulau pinang besar kemungkinan ada pertandingan 3 penjuru antara PKR + DAP + BN.   ini gila babi punya kerja. 

apa yang didedahkan kalau menjadi kenyataan. puak puak yang menyokong dapat apa ???? sedangkan pemimpin2 mereka sudah memasang angan angan. ini lah yang di katakan demi rakyat untuk rakyat. arab nak kata kepala hotak hangpa la. rakyat di perbodohkan. 



Tuesday, August 21, 2012

ADUN TELOK AYER TAWAR TIDAK AKAN BERTANDING ...

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid berkata, beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, dan akan memberi laluan kepada darah muda.

Jahara yang berusia 61 tahun, dan mempunyai dua anak lelaki serta enam cucu, berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya sekarang apabila tempohnya berakhir.

"Saya sudah bersedia untuk bersara dan membantu melatih beberapa calon muda yang berpotensi untuk menggantikan saya. Ia terpulang kepada pucuk pimpinan untuk menggantikan saya.

"Kami mahu mempunyai satu pasukan yang baik (dengan calon-calon Barisan Nasional-BN di Pulau Pinang), dan saya bersedia untuk melepaskannya," katanya kepada para pemberita di rumah terbuka Hari Raya di Taman Robina, Teluk Air Tawar di sini, Selasa.

Jahara berkata, beliau tidak percaya "memegangnya selama-lamanya" bagi kedudukan itu, sambil menambah beliau sudah pun membuat keputusan untuk bersara, dalam separuh tempoh lima tahunnya.

Menurut Jahara, beliau mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga dan memberi perhatian kepada kerja-kerja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Jahara, yang mulai aktif dalam politik sejak tahun 1983, berkhidmat dalam dua tempoh sebagai exco negeri yang bertanggungjawab terhadap Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Keluarga, Wanita, Belia dan Sukan.

Beliau merupakan ADUN-BN kedua yang tidak bercadang untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang, selepas ketua pembangkang negeri, ADUN Penaga, Datuk Azhar Ibrahim.

Arab nak komen: jasa yb dato jahara akan dikenang oleh pengundi2 di dun N 06
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, August 19, 2012

TRAGEDI HARI RAYA

PEKAN - Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kenderaan di Kilometer 20, Jalan Pekan–Nenasi tengah hari semalam.

Mangsa, Khairul Azhar Hashim, 36, dari Ulu Batu 4, Temerloh mati di tempat kejadian manakala anak lelakinya, Muhammad Amiruddin, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, dalam kejadian 1.50 petang itu, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Viva, dalam perjalanan dari arah Pekan menuju Rompin.

"Sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu Proton Perdana yang datang dari arah Rompin menghala ke Pekan, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kenderaan mangsa.

"Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara anaknya yang dibawa ke Hospital Pekan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pemandu kereta Proton Perdana terbabit hanya cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Pekan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PANTUN SELOKA DI HARI RAYA


Kelantan

Make ikke cicoh budu

Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita


Terengganu

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


Pahang

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri


Selangor/K.Lumpur

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang.

kepada pembaca blog  arab, rakan rakan bloggers  dan rakan seperjuangan di dalam politik. arab mengucapkan selamat hari raya aidil fitri. semoga semua berbahagia di pagi raya bersama orang tersayang. 

Friday, August 17, 2012

LIM GUAN KANCING GIGI KENA BELASAH...!!!



Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini. Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200.

Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini. "Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang.

"Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta.

Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya.


Wednesday, August 15, 2012

PROGRAM MURNI SHEB MENDEKATI GOLONGAN GELANDANGAN


Program kendalian Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB), Majlis Pemuda Kawasan Putrajaya, Yayasan Salam dan di sokong oleh Agensi Dadah Kebangsaan. Ini adalah tahun kedua program ini dijalankan. 

GADIS CANTIK DARI TAWAU DI ROGOL DAN DI BUNUH KEJAM...!!!!!

Hasrat seorang pekerja kilang untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Tawau, Sabah tidak kesampaian apabila dia dirogol dan dibunuh dengan kejam di sebuah unit flat di Jalan Taming 2, Taming Jaya dekat Balakong di sini kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam.

Kakak mangsa, Samsiah Faisal, 27, ketika ditemui berkata, dia dan suaminya yang pulang ke rumah untuk berbuka puasa bersama Sabturiah terkejut melihat adiknya yang sudah tidak bernyawa di atas lantai di dalam bilik tidur gadis itu.

“Saya balik kerja kerana hendak berbuka puasa bersama-sama tetapi apabila sampai di rumah saya melihat tubuhnya terlentang dan sudah tidak bernyawa.

“Ketika saya jumpa, dia berpakaian lengkap (baju T dan seluar sukan) tetapi ada kesan lebam pada tangan kanan,” kata Samsiah ketika ditemui di tempat kejadian di sini.

Polis yang menyiasat mayat mangsa mendapati ada kesan lebam pada leher, perut dan tangan kanan anak ketujuh daripada 12 beradik itu.

Difahamkan, polis turut menemui kesan tompokan air mani di bilik mangsa dan mengesyaki gadis itu menjadi mangsa rogol oleh individu yang dikenalinya.

Menjelas lanjut, Samsiah memberitahu, dia dan suami yang membuat pemeriksaan di dalam rumah mendapati beberapa barang berharga dan wang tunai sebanyak RM500 miliknya lesap.

“Tiada kesan umpil dan keadaan rumah saya juga tidak berselerak seolah-olah penjenayah terbabit tahu tempat kami menyimpan barang berharga,” katanya dengan memberitahu jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM3,000. - KOSMO

arab nak kata: memang kejam sungguh perogol ini. di manakah sifat kemanusian hanya kerana mahu memuaskan nafsu serakah sanggup di bunuh nya gadis yang tak berdosa. harap perogol ini akan di tangkap dan di hukum bunuh juga.!!!! 

BLOG PEMBANGKANG SAKIT HATI PADA @NajibRazak




tengok photo ini apa ada masalahnya, tetapi blog pembangkang http://manjongmari.blogspot.com dan http://lensahp.blogspot.com telah memfitnah perdana menteri kononnya cuba mengambil kesempatan beramah mesra dengan wanita lain.  nampaknya mereka sudah tak tahu nak buat apa, oleh itu ini lah caranya menyebarkan berita fitnah di dalam blog pembangkang haram jadah ini. sebelum nak kata kat pemimpin lain..tengok lah dulu pemimpin mereka macamana... penuh dengan jijik bersama dengan pelacur. 
photo najib di atas tak best lah, tak cukup power, ini baru best ...apa lah punya mangkok hayun,  penulis blog musibat ini telah mencuri photo2 dari facebook minaq jinggo apakah mereka tidak merasa malu. curi photo orang selepas itu membuat fitnah..!!!!! 

Monday, August 13, 2012

ORANG PENANTI NAK KUBURKAN YB MANSOR AYAQ...

beberapa luahan hati pengundi2 di penanti permatang pauh, mereka kesal kerana adun penanti yb mansor tidak pernah turun padang dan buat kerja. mereka sudah putus harapan dengan cara adun pakatan ini. sehinggakan nak minta nama tanda jalan masuk ke kampung kubu pun yb mansor ayaq a.k.a timbalan ketua menteri pulau pinang tidak boleh tunaikan. nak minta kat ahli parlimen permatang pauh alamat mati hidup semula pun tak akan dapat lah.  nak minta kat lim guan eng pulak nanti dia akan kata ini semua salam umno. memang the mangkok hayun lah kerajaan pulau pinang. 

jom kita baca apa kata pengundi penanti. 

Rolex Blade  
Mangsor,..dk bt pa dok ZZzzzzz kot,sampai apaa pown x tau nk bt dh ka!!!!! 

Saiful Razhar 
Jalan Tar dari peruntukan ICU. Atas usaha kami memohon semasa mesyuarat JKKKP. Terima Kasih penyelaras dun penanti,tn hj abdul rahim man dan Dato' Abdul Jalil 

Aiman Hakim 
ICU... terima kasih sebab bagi TAR baru... senang keta nak masuk. 

Pak Tam Pauh 
diharapkan mata pnduduk kawasan ini akan trbuka mata depa . . sedarlah wahai pengundi Pmtg Pauh .. Bangun n tunjukkan kpd rakyat wahai Umno Permatang Pauh yg BN adalah satu2nya tempat rakyat berlindung . .

Dato' Abdul Jalil
syabas dan tahniah, rakyat akan tahu menilai yg mana intan dan yg mana kaca

antara komen komen pengundi dan rakyat di parlimen permatang pauh. 

PAS SUDAH HILANG ARAH, TAMRIN AKAN JADI HERO BARU PAS

Pimpinan PAS diarah tutup mulut daripada memberikan sebarang komen berhubung isu hukum hudud kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mazlan Aliman. 

Katanya perkara itu diputuskan dalam mesyuarat bulanan PAS Pusat yang diadakan di ibu negara semalam. Turut diputuskan hanya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang boleh menjawab isu hudud tersebut. Kita sudah buat keputusan di peringkat parti, hari ini kita sudah putuskan, isu-isu berkaitan hudud, akan dijawab oleh Datuk Seri Presiden. Presiden yang akan jawab,” katanya dalam temubual khas bersama Antarapos.

PAS DI PUTRAJAYA MEMANG DAH BANGSAT !!!!

ini sengaja di buat atau memang tidak di sengajakan. melihat cerita di blog putrajaonline, arab sendiri terfikir apa bangsat sangat kah penyokong penyokong pas di putrajaya, cuba kita bandingkan orang islam yang lain bila bersolat terawih di masjid . 

bagi arab ini semua nak cerita pada orang ramai bagaimana pas ini di tindas hinggakan nak bersolat pun kena di kaki lima. minta simpati rakyat , apa kejadahnya ini semua.  kalau pas nak tunjuk bangsat dan nak raih simpati rakyat, arab nak kata memang pas bangsat pun. 

MACAMANA IKLAN RAYA BERNAS TERLEPAS KE TANGAN PENYOKONG BERSIH.!!!!

 

12

macamana pengarah filem pendek raya ini boleh terlepas pandang oleh BERNAS.

minta pihak yang berkenaan cuba siasat kebenaran dakwaan ini. kalau betul macamana pembangkang boleh dapat kerja dengan kerajaan.

ini satu benda yang pelik, betul lah telahan arab,  pembangkang sampai sekarang masih menerima beberapa  contract kerajaan dan boleh menyalurkan bantuan kepada aktiviti mereka bagi menentang kerajaan. selama ini kita tertanya tanya bagaimana mereka ada duit dan ini lah antara jawapannya…!!!!

mereka boleh gelak besar dengan cara ini. bukan nak pertikaikan siapa yang buat atau tidak. tidak dinafikan iklan ini begitu menyentuh perasaan. tetapi sepatutnya kita kena tunjuk sikap veto. kalau tidak ini lah yang berlaku mereka tidak perlu risau malah mereka boleh cari makan dengan agensi kerajaan dan kerajaan.

psssssttt : kita ada kuasa tapi tak reti nak guna….!!!!! 

Saturday, August 11, 2012

ISU AIR DI SELANGOR TERLALU MENYUSAHKAN RAKYAT...!!!!


Selangor kini mengalami masalah air yang genting disebabkan kadar rizab air di negeri ini kini hanya tinggal 2.4 peratus berbanding kadar yang sepatutnya serta dikhuatiri berpanjangan sekiranya Kerajaan Negeri masih enggan melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2. 

keadaan ini menyebabkan pelabur luar tidak dapat menjalankan aktiviti perindustrian di negeri ini. “Masalah air adalah masalah yang perlu dipandang serius. Ianya akan menjejaskan semua semua urusan seperti usahawan mikro, kecil dan sederhana, apatah lagi urusan syarikat-syarikat besar yang akan meninggalkan impak yang lebih besar. 

isu bekalan air di negeri ini sangat serius hingga menyebabkan 129 kilang dengan nilai pelaburan RM3.8 bilion, dan mampu menjana 12,000 peluang pekerjaan serta sejumlah projek perumahan, tidak dapat dilaksanakan. Kerajaan Negeri perlu menerima hakikat bahawa negeri ini sedang menghadapi isu krisis air.jangan hanya tahu mencari salah kerajaan pusat. Soal sekarang ini ialah Loji Rawatan Air Langat 2 perlu dibuat dulu, Apa guna penstrukturan semula dilakukan jika sudah tiada air?.

Friday, August 10, 2012

LIVE: MAJLIS PEMUDA UMNO PULAU PINANG BERSAMA @Khairykj DI PERMATANG PAUH..

IMG-20120810-00727IMG-20120810-00728IMG-20120810-00730IMG-20120810-00733IMG-20120810-00734IMG-20120810-00735ketua pemuda umno permatang pauhketua pemuda umno pulau pinang

petang tadi pergerakan pemuda umno pulau pinang telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan sempena ramadhan. pemuda umno bahagian permatang pauh cukup bertuah kerana menjadi tuan rumah kali ini.  majlis telah berlangsung di Pusat Giat Mara Permatang pasir. ketua pemuda umno cikgu zaidi sempat juga menghentam perangai pengundi pas dan pakatan di permatang pauh yang suka sangat merosakkan banner2,  ini amat lah di kesali. perbagai aktiviti telah di adakan bagi membantu rakyat permatang pauh .

IMG-20120810-00744IMG-20120810-00745IMG-20120810-00747IMG-20120810-00748sIMG-20120810-00749IMG-20120810-00754IMG-20120810-00757IMG-20120810-00758IMG-20120810-00761

yb khairy jamaluddin telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada seluruh anak2 yatim dalam parlimen parmatang pauh. kepada pemuda umno bahagian permatang pauh dan ahli ahli parti komponen BN yang kurang berkemampuan. di samping itu tiga sekolah dalam bahagian permatang pauh juga menerima sumbangan iaitu sekolah kebangsaan seberang jaya 11, sekolah kebangsaan permatang pauh dan sekolah menengah kebangsaan tun hussein.

tahniah dan syabas kerana berjaya mengadakan majlis dan memberi sedikit kegembiraan kepada  rakyat permatang pauh.

PAKATAN AKAN GILA BABI BILA BACA INI.....

Hanya Umno sebuah parti terbaik dalam menyatukan orang Melayu di negara ini dan membawa pembangunan kepada rakyat, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ini kerana, Umno yang mula berpolitik membantu rakyat di negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya membawa pembangunan manakala parti lain untuk orang Melayu, hanyalah parti serpihan.

"Dulu waktu kita kuat, kita tak mengada-ngada buat benda yang tak baik. Kita bangunkan negara kita sampai dunia iktiraf Malaysia sebagai negara membangun yang cukup maju.

"Ini hasil pentadbiran dilakukan sebuah parti (Barisan Nasional) yang diketuai Umno yang mewakili orang Melayu. Orang Melayu tiada niat tak baik kat kaum lain. Kita tolong mereka dan kita tolong diri kita juga," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di Masjid Tok Bandar di sini, hari ini.

Turut hadir, isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Penyelaras Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Dr Mahathir berkata kerana itu, orang Melayu perlu bersatu di bawah Umno walaupun parti itu kini dikatakan tidak begitu kuat dalam menyatukan orang Melayu berikutan perpecahan dalam kalangan kaum berkenaan.

"(Kalau nak bersatu) Takkan badan besar masuk serpihan. Yang serpihan yang kena kembali kepada asal. Ada orang nak jadi Perdana Menteri sampai sanggup pecahkan Umno untuk dapat sokongan bagi diri dia. Dia fikir diri dia sahaja dan bukan negara serta rakyat," katanya.

Dr Mahathir berkata perjuangan Umno adalah perjuangan benar kerana itu ketika beliau memimpin Umno, beliau sanggup menerima pemimpin daripada parti serpihan yang mahu kembali kepada Umno.

– BERNAMA


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, August 9, 2012

Tan Sri Jins Shamsudin hilang ingatan ???

PETALING JAYA: Keadaan ingatan seniman veteran Tan Sri Jins Shamsuddin dilaporkan semakin lemah apabila pelakon itu sudah tidak lagi mengenali rakan-rakan yang menziarahinya pada Rabu.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, Jins sukar untuk mengingati orang sekelilingnya termasuklah mereka yang pernah berurusan dengannya sebelum ini.

"Dari segi fizikal beliau sangat cergas dan tidak mempunyai masalah kesihatan namun ingatannya semakin lemah dan beliau sukar mengingati orang di sekeliling," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini selepas menziarahi pelakon tersebut di Hulu Klang dekat sini, pada Rabu.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Papita, Datuk M. Daud Wahid, penggiat seni hiburan Ong Peng Chu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor dan beberapa ahli jawatankuasa Gafim.

Jurey menjelaskan pada lawatan itu, Jins kelihatan ceria dan menyambut kedatangan mereka dengan baik tetapi sudah tidak mengingati mereka lagi.

"Walaupun sudah tidak ingat beliau tetap melayan kami dengan baik seperti tiada apa-apa yang berlaku," ujarnya.

Pada lawatan itu, pihaknya sempat menyampaikan sumbangan berbentuk hamper serta sumbangan wang tunai sebagai ingatan sempena kedatangan bulan Ramadan.

Dalam pada itu, Jurey memberitahu walaupun keadaan ingatan Jins semakin lemah tetapi memorinya mengenai industri perfileman tidak pernah luntur.

Sepanjang pertemuan itu Jins banyak bercerita mengenai sejarah tentang studio Jalan Ampas, peranannya dalam penubuhan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Gafim.

"Hairannya beliau masih mengingati dengan jelas mengenai kisah lampau beliau sebagai pelakon serta mampu berkongsi dengan kami semua kisahnya dengan baik," ujarnya.

Tambah Jurey, Jins turut memberitahu masih ingin berkhidmat dan memberi sumbangan kepada industri selain mahu kembali bekerja seperti biasa.

"Sekarang ni memang beliau hanya duduk di rumah dan berehat namun keinginannya untuk kembali bekerja dan berkhidmat kepada negara masih tinggi," katanya.

Sumber mStar online

semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada Tan Sri Jins Shamsudin,


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TUNJUK SEBAB KENAPA ADUN DAP TIDAK DIDESAK LETAK JAWATAN!!!

Pelik lah dengan parti pembangkang ini. Isu adun dap mempelecehkan atlet badminton Datuk Lee Chong Wei tidak langsung di ambil tindakan. Alasan nya kenyataan m.manonaran adalah peribadi bukan suara dap. Kepala hotak hang berjambul.

Jika isu ini datang dari yb bn agaknya seperti ledakan bom mereka akan menghentam parti bn supaya di ambil tindakan atau terus di minta pecat atau di suruh letak jawatan.

Kita masih ingat bagaimana ketua umno bahagian bukit bendera dato ahmad ismail di kecam dan meminta perdana menteri ketika itu tun abdullah supaya mengambil tindakan. Gara gara kerana mengeluarkan statement kaum cina adalah pendatang. Kenyataan dato ahmad ismail juga di sifatkan sebagai peribadi bukannya dari parti umno tetapi mereka mendesak sehingga di gantung keahliannya kalau tak silap arab.

Sebaliknya bila perkara menghina pemain badminton kita di lemparkan tidak ada satu pun tindakan di ambil bagi menunjukkan satu tindakan yang bertanggung jawab.

Setakat mohon maaf bagi arab tidak berbaloi. Ianya perlu disusuli dengan tindakan tatatertib. Berapa kali nak minta maaf selepas reda nanti mereka ini akan sesuka hati mak bapak mereka akan mengeluarkan kata kata provokasi lagi.

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/08/memalukan-sekali-tindakan-dap-ini.html?m=1

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KARPAL: NO HUDUD IN PAKATAN AND BUKU JINGGA...!!!

KUALA LUMPUR, Aug 8 — DAP national chairman Karpal Singh today addressed the issue that PAS is keen on pursuing its aim to implement hudud laws in Malaysia. 

He said PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali had mentioned that hudud may not be part of the Pakatan coalition’s Buku Jingga (Orange Book) agenda and that this did not mean PAS would drop that idea. 

“Hudud can only be applied in an Islamic state. It cannot be implemented in a secular state like Malaysia. A secular state like Malaysia must, of necessity, have secular laws.

“This was decided as far back as at 1988 when former Lord President of the Federal (later Supreme) Court of Malaysia Tun Salleh Abas ruled that the country was governed by secular law which meant Malaysia was a secular state,” Karpal Singh said in a statement here, today.

Karpal Singh (picture) noted that PAS president, Abdul Hadi Awang, himself had said last year that the Quran did not provide for an Islamic state but a welfare state.

“This pronouncement should have put to rest PAS’ long-term objective to turn Malaysia into an Islamic State,” he added. — Bernama



Wednesday, August 8, 2012

DAP FOBIA DENGAN BN DI PULAU PINANG...!!!!

Nahhhh amik hang..!!!! baru padan muka hangpa semua, ini lah yang dikatakan  bila ada kuasa tak tahu nak guna, nak tunjuk baik dan demokrasi. kerana nak tunjuk kerajaan kita dahulu paling baik dan paling berhemah dalam sesuatu tindakan. sekarang apabila mereka memerintah. mereka guna kuasa yang ada sebaik yang mungkin. 

adakah kita masih sedar keadaan ini. cuba bayangkan lah kalau mereka bejaya ke putrajaya??? , 

puak puak dap dan pakatan di pulau pinang takut dengan kebangkitan BN untuk merampas kembali kerajaan negeri. akibat dari itu mereka tidak ada pilihan terpaksa mengarahkan balaci balaci mereka untuk menurunkan bendara BN, mereka memang fobia tak boleh tengok bendera BN. 

KLIK SINI UNTUK CERITA PENUH

orang depa kata ....dap akan menang lagi. tetapi orang dap kata kami pun takut...!!!

Tuesday, August 7, 2012

APA YANG MAYA KARIN BUAT DALAM BILIK ??? @maya_karin

 

maya1maya3maya4

kecantikan maya karin memang tidak dapat di nafikan lagi.  apa yang maya karin buat dalam studio bersama komposer dan penyanyi yassin??. 

rupanya maya karin dan yassin sedang menyiapkan lagu terbaru single mereka yang bertajuk SINAR INI. Difahamkan yassin telah memilih Maya Karin untuk berduet bersama di dalam satu lagu. musik ciptaan yassin dan liriknya oleh maya sendiri.

bagaimana terhasil nya cetusan atau idea maya memberitahu hanya berkisar cerita luahan hati nya , syabas arab nak katakan kepada maya karin dan yassin. harap lagu SINAR INI akan meletup.

jom kita tengok wajah wajah maya karin tanpa make up.

maya tidomaya2

arab nak kata : terhanyut jiwa ini  terjatuh di hatinya….!!!!!

Related Posts with Thumbnails