Monday, June 4, 2012

PARTI AHLI SYURGA TELAH MENGAKU KALAH...!!!


parti ahli syurga( PAS) sebenarnya pandai didalam operasi untuk menyesatkan rakyat dengan pandai bermain kata kata kononnya parti itu akan mengantikan UMNO. realiti yg sebenarnya bagaimana PAS mahu mengantikan UMNO sedangkan parti itu mensasarkan hanya 60 kerusi parlimen. 

kedudukan PAS sebagai parti terbesar pakatan pembangkang sebelum pilihan raya Mac 2008, berakhir dengan kedudukan tercorot. PKR memboloti kerusi terbanyak iaitu 31 berbanding DAP - 28 dan PAS hanya 23 kerusi.

KEPALA BATAS - Pemuda Umno mahu Pas membuktikan 'suara' mereka didengar dalam Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu sebelum beriya-iya mahu menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempersoal bagaimana Pas mahu menjadi parti utama orang Melayu sedangkan parti itu tiada peranan dalam pakatan tersebut dan hanya sebagai 'pak turut' kepada DAP serta PKR. "Macam mana dia (Pas) nak jadi parti utama kepada orang Melayu kalau suara mereka dalam pakatan pembangkang pun tidak ada orang nak dengar, ini semua hanya mimpi-mimpi Pas. 
"Sebagai contoh, Pas mahu (Malaysia) jadi negara Islam tapi rakannya dalam pakatan tidak mahu, suara mereka (Pas) tidak ada sesiapa nak dengar," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipetik sebagai berkata parti itu sudah bersedia untuk menggantikan Umno sebagai parti utama masyarakat Melayu-Islam di negara ini.   
Abdul Hadi ketika berucap menyampaikan amanat sempena Program Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar, Kedah, semalam juga dilaporkan berkata pakatan pembangkang juga sudah bersedia untuk menggantikan Barisan Nasional (BN) bagi memimpin negara. 
Reezal yang juga Ketua Pemuda Umno Kepala Batas berkata kenyataan Abdul Hadi itu juga hanya gimik politik PAS yang mahu meraih sokongan orang Melayu. "Kenyataan Presiden Pas itu juga hanya mahu meracuni fikiran rakyat dan saya percaya Pas tidak mungkin dapat menggantikan Umno kerana sokongan untuk parti itu masih di belakang DAP dan PKR. "Sedangkan Umno dalam Barisan Nasional adalah tunjang kepada parti komponen lain," katanya. - Bernama  

3 comments:

hamdan said...

Salam Bro,kita minta Hj.Hadi cermin muka dia dulu.Jangan cakap pasal nak ganti UMNO.Nak ganti exco agama pun kena kencing dengan PKR inikan pula nak ganti UMNO.Pooooorahhhhhh...........

Anonymous said...

SETUJU.

Anonymous said...

KAPLA SINGH: WHAT HUDUD????....OVER MY DEAD BODY.

LKS & LGM: HE..HE..HE

Related Posts with Thumbnails