Thursday, June 21, 2012

LYNAS BUKAN LOJI NUKLEAR. STOP TELLING LIES..!!!!!



Apa yang dihairankan dengan sikap pakatan pembangkang apabila seringkali mencari keburukan dan memutarbelit fakta sebagaimana projek kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang kerana selama ini pun projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan sentiasa dipolitikkan. 

Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), Datuk Seri M. Kayveas mengimbas semula pembangunan negara yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sejak puluhan tahun lalu yang mana ia sentiasa mendapat tentangan dan komen negatif dari parti-parti pembangkang.

“Dulu semasa Tun Dr. Mahathir melancarkan projek kereta pertama Malaysia pun ia turut mendapat tentangan dan dianggap sebagai sesuatu yang tidak berpijak pada realiti tetapi kita lihat bagaimana hasilnya setelah lebih 20 tahun ia dibangunkan yang mana semua rakyat negara ini mampu berkereta termasuklah pembangkang juga,” katanya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, pelbagai projek mega yang dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia untuk jangka masa panjang turut dijadikan bahan propaganda oleh pakatan pembangkang sedangkan telah terbukti bahawa kemajuan Malaysia adalah berdasarkan impian yang direalitikan.

“Apabila pembinaan Menara Kuala Lumpur dilancarkan, projek Koridor Raya Multimedia (MSC), bandar terancang Putrajaya, litar lumba antarabangsa Formula-1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), projek LRT, monorel, lebuh raya dan macam-macam lagi pembangunan mahu dilakukan maka pembangkang inilah yang membantah dengan pelbagai manipulasi.

“Mereka menuduh kerajaan membazir, salah guna duit rakyat, tidak amanah dan macam-macam lagi tetapi kita lihat hari ini mereka pula yang mahu menawan Putrajaya, pakatan pembangkang yang memandang serong pembinaan KLIA ini jugalah yang kerap menggunakan KLIA sebagai kemudahan terus apabila ke luar negara dan berceramah dari Perlis hingga ke Sabah dengan prasarana yang disediakan oleh kerajaan sendiri.” Tegasnya, sebagaimana rentetan daripada semua projek pembangunan yang dilaksanakan maka begitulah juga Lynas dipolitikkan sedangkan ia telah diperhalusi dengan kajian terperinci, laporan diteliti, mengambil pandangan masyarakat dan ada jawatankuasa khas.

“Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) telah dibentangkan di Dewan Rakyat malah ia telah dipersetujui oleh pakar nuklear daripada anggota mereka juga yang sememangnya tahap radiasi projek kilang adalah rendah dan tidak berbahaya.

“Ini bukanlah perkiraan politik atau atas kepentingan peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi ia dilaksanakan dengan tahap profesionalisme, ada kajian, ada pandangan dan ada penilaian tetapi malangnya pakatan pembangkang jadikan ia sebagai bahan putar belit yang tidak berfakta.

” Tambah beliau lagi, bagi mencapai tahap sebuah negara maju, projek pembangunan mestilah dilaksanakan dan ia sentiasa diseimbangkan dengan kepentingan masyarakat yang mana jika apabila ia dijalankan kelak ada mengundang bahaya maka tentunya ia boleh dihentikan.

“Kita lihat bagaimana Jepun yang menjadi antara negara termaju mempunyai kilang nuklearnya dan apabila berlaku bencana alam maka serta merta ia dihentikan tetapi apabila tahap keselamatan terkawal maka projek kilang terbabit telah diteruskan. “Ini adalah keputusan dari komuniti jawatankuasa dan bukannya parti-parti politik saja jadi sepatutnya anggota pakatan pembangkang bersikap profesional, matang, tahu berfikir dengan bijak dan tidak membuat tuduhan-tuduhan tanpa asas.”

Ujar beliau lagi, sebagai pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pastinya kerajaan memikirkan yang terbaik malah beliau sendiri sanggup berdiri bersama-sama para demonstran sekiranya Lynas diteruskan jika keputusannya adalah benar berbahaya. “Sikap pembangkang ini sebenarnya menunjukkan tahap minda mereka yang tertutup dan tidak layak bergelar pemimpin apatah lagi untuk membantu dalam proses memajukan negara,” katanya.

Semalam, anggota PKR, Tian Chua telah mengkritik perjalanan jawatankuasa khas terbabit dengan hujah yang menyimpang dan tidak berasaskan kajian sains walhal hasil laporan terbabit memaklumkan bahawa tahap daripada segi radiasi kilang tersebut memang rendah.

Pada Ogos tahun lepas, saintis Pas, Dr Che Rosli mengakui bahawa projek Lynas adalah selamat dan tindakan segelintir pemimpin pakatan pembangkang yang mendakwa projek berkenaan sebagai satu ancaman kepada rakyat adalah tidak lebih daripada sekadar meraih kepentingan politik. - MediaUMNO

nak buat macamana, nama pun pembangkang, 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails