Monday, June 11, 2012

MAHKAMAH TOLAK SAMAN GUAN ENG

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah RM30 juta Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman ke atas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan tiga yang lain ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah menolak kes itu dengan kos.

Peguam Guan Eng, Jagdeep Singh Deo berkata, mahkamah menerima hujah pihaknya bahawa Zainal Abidin tiada hak perundangan untuk menyaman keempat-empat defendan, diterima.

Dipetik Star Online, dalam penghakiman 11 muka surat, Hakim Amelia berkata, mahkamah berpandangan bahawa Zainal Abidin bukan seorang yang diberi kuasa untuk mengambil tindakan bagi pihak Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang memandangkan beliau bukan pegawai yang didaftarkan sebagai penjawat awam di Pejabat Pendaftar Pertubuhan bagi tujuan memulakan saman bagi pihak jawatankuasa Umno negeri.

"Plaintif tidak boleh," kata beliau.

Selain itu, Hakim Amelia juga memutuskan bahawa tindakan berperwakilan tidak boleh diambil dalam prosiding saman fitnah.

Zainal Abidin memfailkan saman itu pada 24 Oktober lalu dengan menamakan Guan Eng, yang juga Setiausaha DAP, PKR selaku pemilik laman berita elektronik 'Keadilan Daily' dan akhbar 'Suara Keadilan', Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan 'Keadilan Daily' dan 'Suara Keadilan', dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit sebagai defendan.
   
Zainal Abidin menuntut ganti rugi RM30 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan suatu injunksi bagi menghalang kesemua defendan daripada terus mengeluarkan atau menyiarkan kenyataan fitnah.

Sumber SH
Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

1 comments:

Bingai @ Bangang said...

Masih tuduh mahkamah Malaysia dipengaruhi oleh UMNO?

Related Posts with Thumbnails