Tuesday, June 12, 2012

GUAN ENG AKUI SISTEM KEADILAN TULUS,,, LAAAA BARU TAU KA!!!

Ketua menteri paling cilaka sudah pandai main wayang cina, kelmarin bila mahkamah menolak saman umno terhadap dia baru lah kesedaran itu ada bahawa sistem kehakiman itu adil.

Dua kali saman telah memihak kepada guan eng ini, satu dia menyaman utusan kedua pulak dia disaman oleh umno pulau pinang.

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengakui bahawa kerjasama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan serta pihak pembangkang diperlukan dalam usaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negara terutamanya di kawasan panas.
   
Dalam soal itu, Lim berkata perbalahan isu politik perlu ditolak ke tepi sebaliknya setiap pihak perlu berganding bahu membendung jenayah bagi mewujudkan suasana selamat di kalangan masyarakat.
   
"Jenayah lebih penting dari isu politik dan perlu dipandang serius secara bersama dalam memastikan jenayah di satu-satu kawasan tidak menular ke seluruh negara dan menjejaskan keselamatan masyarakat.
   
"Kerjasama dari polis dan juga Kementerian Dalam Negeri diperlukan dalam memastikan usaha menurunkan kadar jenayah di seluruh negara lebih jitu dan drastik, termasuk di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
   
Beliau yang juga Anggota Parlimen Bagan berkata, di Pulau Pinang sahaja, tindakan proaktif telah diambil dengan menubuhkan pasukan peronda sukarela untuk membantu pihak polis mengawal keselamatan terutamanya di kawasan perumahan.
  
Katanya, meskipun kadar jenayah di Pulau Pinang menunjukkan penurunan kadar jenayah yang amat memberangsangkan, namun beliau yakin penurunan yang lebih tinggi, malah di seluruh negara terutama di Lembah Klang, dapat dicapai pada masa akan datang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak.
   
Beliau mengesyorkan satu mesyuarat dijalankan bersama semua ketua Majlis Keselamatan Negara di setiap negeri bagi mengkaji jenayah-jenayah terkini selain membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil dalam membendung jenayah di seluruh negara.
   
Sementara itu, beliau tidak berminat merebut jawatan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya mengambilalih Putrajaya, malah beliau bersama Pakatan Rakyat telah sebulat suara memutuskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menduduki kerusi itu. - Bernama


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

0 comments:

Related Posts with Thumbnails