Saturday, June 16, 2012

MUHYIDDIN: BN MEMBELA RAKYAT PULAU PINANG, DAP BAGI TELUR AYAM @dzainalabidin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang.

Beliau berkata Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera.

"Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini. Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu.

Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin BN negeri.

Timbalan Perdana Menteri juga menyeru agar NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah.

"Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah,  pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan.

"Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya.

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat agar dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah.

"Saya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhikehendak dan keperluan mereka," katanya. - Bernama

Kerajaan dap mmg gagal membela rakyat, akhirnya bn juga yang kena buat.


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

0 comments:

Related Posts with Thumbnails