sebenarnya apa yang anwar ibrahim mahu kan ialah dia mengajar dan mengarah peguam berbohong demi satu kerusi perdana menteri, dia tahu dengan cara demokrasi pilihan rakyat malaysia dia tidak mungkin akan dapat menawan putrajaya. sebab itu lah dia cuba merosakkan sistem perhakiman. tetapi sayang nya dia ingat dia bijak bermain politik. adakah dia tidak terfikir peguam peguam yang mewakili dia juga lagi bijak dan telah menjadi ahli politik seperti karpal singh.
jika YB ahli parlimen kulim bandar bahru boleh membuat u turn demi menegakkan kebenaran, jangan terkejut jika anwar ibrahim menjadi perdana menteri, yb karpal singh juga akan membuat pembongkaran di masa itu dan segalanya berkemungkinan dan lagi sekali dia akan merengkok dalam penjara. siapa yang salah kalu benda ini terjadi. !!!! dia nak salahkan umno dan sistem kehakiman lagi, rasanya karpal singh saja yang boleh mengajar dia bagaimana mahu menghormati mahkamah.
jika YB ahli parlimen kulim bandar bahru boleh membuat u turn demi menegakkan kebenaran, jangan terkejut jika anwar ibrahim menjadi perdana menteri, yb karpal singh juga akan membuat pembongkaran di masa itu dan segalanya berkemungkinan dan lagi sekali dia akan merengkok dalam penjara. siapa yang salah kalu benda ini terjadi. !!!! dia nak salahkan umno dan sistem kehakiman lagi, rasanya karpal singh saja yang boleh mengajar dia bagaimana mahu menghormati mahkamah.
AIDCNews – 17/06/12 – Pertama kali YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu mendedahkan dalam sidang Dewan Rakyat bahawa beliau didesak oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mencipta bukti untuk mengaitkan kes Scorpene dan Altantunya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
“Saya sendiri pernah diminta untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan ini. Antaranya saya diminta mendapatkan pengakuan bersumpah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Yang Berbahagia Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.
“Malahan saya sendiri pernah diminta membuat Surat Akuan Bersumpah mengaitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya. Ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman… [Dewan riuh]
“Namun Tuan Yang di-Pertua, saya bersyukur, Allah melindungi saya daripada terbabit di dalam fitnah tersebut… [Tepuk],” dedahnya dalam persidangan Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010.
Menurutnya, walaupun ketika itu beliau bersama-sama Anwar dalam PKR, namun beliau tidak sanggup mempertaruhkan jawatannya sebagai peguam untuk mencipta fitnah yang tidak berasas, semata-mata untuk menjatuhkan seteru politiknya.
Padanya beliau tidak boleh berkompromi dengan penciptaan bukti palsu dan intergritinya sebagai peguam akan tercemar dengan bukti-bukti palsu itu.Ikutilah wawancara Zulkifli bersama Channelone1tv berkaitan dengan isu tersebut.
Zulkifli : Tapi yang jadi masalah dalam negara kita, dia dah sampai ke peringkat mencipta fitnah. Mereka fitnah. Ini yang jadi bahaya.
Channelone1tv : Fitnah dalam kes yang mana ?
Yang saya sebutlah semalam (dalam parlimen). Cubaan untuk membabitkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam kes pembunuhan Altantuya. Benda tak ada. Daripada benda yang tak ada cuba diwujudkan supaya ada dengan menggunakan surat akuan sumpah, contohnya (pengakuan bersumpah) Bala P. Subramaniam.
Yang saya sendiri terlibat. Semasa kes itu, dia tak cakap apa pun. Macam mana tiba-tiba sekarang dia keluar cerita macam-macam.
Macam mana boleh timbul pengakuan bersumpah itu (P. Balasubramaniam) ?
Saya membela Cif Insepktor Azilah, semasa itu, Bala tak sebut apa-apa pasal apa yang disebut sekarang. Langsung tak ada.
Balasubramaniam telah membuat dua pengakuan bersumpah ?
Itu maksud saya, tahap fitnah itu sampai ke tahap mereka.
Pada saya, kalau masa perbicaraan pun tak sebut, kepada polis pun, masa siasatan pun tak sebut, tiba-tiba sekarang baru sebut. Dan dia pula mengakulah ambil duit dan macam-macam, jadi kita nampaklah modus operandi.
Kalau ikut apa yang biasa saya buat, modus operandi itu sama. Sama. Dapatkan seseorang yang boleh dikaitkan dengan kes dan kaitkan. Mekanisme yang terbaik sekarang adalah pengakuan bersumpah lah (SD).
Untuk menimbulkan keraguan ?
Dua SD yang berbeza. Dan saya tengok, ini…kalau ikut modus operandi dia, sengaja dibuat. Sengaja dibuat seolah-olah menunjukkan bahawa setelah mendedahkan “kebenaran” dia dipaksa oleh polis, dipaksa oleh orang tertentu untuk tukar buat pengakuan, terpaksa pergi luar negeri.
Semua ini adalah satu pakej, pada saya satu pakej untuk memberi kredibel SD yang pertama. Dan modus operandi yang sama kalau kita tengok untuk kes-kes yang lain pun, sama saja. Stail dia sama.
Apakah tujuan pengakuan bersumpah itu ?
Dia target hanya untuk cipta keraguan. Hanya untuk cipta keraguan. Ini bermasalah dalam politik yang bermoral. Ini bahaya. Ini bahaya untuk negara.
Siapakah ‘dalang’ itu
Orang-orang yang ada kepentingan . Orang kata, awak letak ia bersama. Siapa yang akan dapat keuntungan daripada semua ini. Awak boleh kenal pasti individu itu.
Sepanjang pengetahuan anda, adakah saksi pernah menyebut penglibatan Datuk Seri Najib dan isteri dalam pembunuhan Altantuya ?
Tidak. Tidak ada. Saksi tidak pernah menyebut sama ada Perdana Menteri atau Datin Seri Rosmah Mansor terlibat, tidak pernah sebut sama sekali. Jadi saya terkejut, saya kata, eh..macam mana dia orang boleh kait..
Bagaimana dengan pengakuan bersumpah Balasubramaniam ?
Ya. Pihak polis telah menyiasat dia, sebab itu mereka marah.
Saya mahu tahu, jadi saya tunggu polis lengkapkan siasatan terhadap Bala.
Jadi, nasihat saya kepada Bala, tampil ke hadapan. Kenapa anda mesti menyorok, tampil ke hadapan, ceritakan kebenaran.
Kenapa anda tarik diri menjadi Peguambela kepada tertuduh (Azilah)?
Sebab pihak ketiga. Saya percaya pada masa itu, saya tidak boleh teruskan. Jika saya teruskan sebagai peguambela, ia akan mempertaruhkan kedudukan saya sebagai seorang peguam. Sebab saya adalah peguam dia. Jadi saya rasa pada masa itu, saya tidak sesuai untuk saya meneruskan.
Sama juga saya tarik diri dalam kes Qazaf yang membabitkan Datuk Seri Anwar. Sebab saya sudah sampai ke satu peringkat di mana saya boleh berkompromi kedudukan saya sebagai peguam jika saya teruskan.
Ini tidak bagus untuk anak guam saya. Sebab pada akhirnya, awak akan bercakap mewakili anak guam awak. Jadi tidak baik kepada anak guam saya, jika saya teruskan. Jadi saya tarik diri.
Adakah ini bertentangan dengan prinsip anda sebagai peguam ?
Itulah sebabnya. Sebab tekanan untuk kaitkan dengan Perdana Menteri, pada masa itu beliau Timbalan Perdana Menteri sebagai seorang pembunuh. Saya fikir saya akan berkompromi dengan kedudukan saya sebagai seorang peguam, jadi saya tarik diri.terima kasih kepada blog pisau,net
Lebih baik saya tarik diri.
1 comments:
X heran. Mmg mcm ni taktik Anwar dari dulu..
NAK ALIH DARI ISU RAMPASAN PADANG PKNS & RM3 BILION ANWAR, NIK NAZMI BUKA ISU BASI ISTIJUARA. Baca di sini!!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment