Sunday, May 23, 2010

PAS dan PKR nak jadi HERO JUDI.


KUALA LUMPUR 21 Mei - Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cubaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan menunjukkan sikap 'double standard' mereka.
"Ini permainan politik yang cuba dilakukan mereka dengan mencari pautan baru dan membangkitkan emosi rakyat. Jika mereka jujur saya cabar mereka untuk lakukan demonstrasi di Sekinchan.
"Tidak payah jauh-jauh. Pergi Sekinchan sahaja, di Jalan Tengah. Di Sekinchan sendiri sekarang sudah ada tiga pusat judi dan lima rumah urut. Di sana kita boleh lihat bukan hanya bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri turut berjudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian lesen judi, namun operasi setiap premis judi itu bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri.
"Sedangkan untuk membina gerai nasi lemak pun perlukan kelulusan kerajaan negeri apatah lagi pusat judi. Kerajaan Pusat memang beri lesen tetapi keputusan untuk membenarkan operasi terletak di tangan kerajaan negeri.
"Jika mereka benar-benar berani dan tegas, kita cabar mereka untuk tutup 4,500 rumah judi dan pusat urut yang terdapat di Selangor. Jangan tahu menghentam sahaja," katanya.

Dalam pada itu Khir berkata, sikap Pas dan PKR itu menunjukkan parti-parti tersebut sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan DAP.
"Sudah jelas yang mereka hanya dipergunakan oleh DAP kerana di belakang operasi premis-premis tersebut sebenarnya ada samseng-samseng di bawah lindungan DAP.
"Benda ini dah terlalu lama, penduduk Selangor pun sudah jelak dengan sikap mereka. Maka kerana itu, mereka tiada hak untuk mensensasikan isu tersebut," katanya.


Komen Arab : dulu depa kata, kalu menang nak tutup kilang beer carlsberg, sampai sekarang tak ada pun nak tutup, baru je pi rampas beer kat kedai, kena jerkah dengan samseng2 DAP, PAS terus terkencing dalam jubah, dulu kata kalu pas menang pilihanraya. besok depa nak laksanakan hukum hudud dan negara islam, pastu sekali kerna tenking ngan DAP, terkencing lagi dalam jubah. oh my god, what the shame men..

4 comments:

Anonymous said...

bro ,pas sebenarnye nak tutup pusat tu,,tapi apakan daya ,depa takut kat DAP ....lepas tu pulak dia org kata BN pulak buka pusat judi...jadi rakyat kene fikir lah sendiri ,PAS tu hanyalah parti politik ,bukan nya badan islam yang tulin...

arab said...

kalu dah main agama untuk berpolitik, orang islam mana tak mo kan kan kan. tapi Allah dah kata dalam Al-quran. syaitan akan duduk di tengah2 untuk menyesatkan manusia, ini lah kerja org pas sekarang ini mereka duduk di tengah2 masyarakat orang islam, dengar ceramah tu memang begitu menyakinkan, tapi mereka itu lah yang membeli kesesatan yang amat nyata.

YANG GAMBI said...

Salam Arab, blog tuan sudah disenaraikan dlm bloglist kawan.... selamat menulis demi kebenaran.. berani menangkis segala kemungkaran Melayu-Melayu macam PAS-PKR...

arab said...

thanks gambi

Related Posts with Thumbnails