Monday, May 10, 2010

SIBU : PAS KENA TIPU, PKR KENA Pongkok Kena Roket lah....

Kasihan tengok nasib pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang berkempen di Sibu. Misalnya di Kampung Hilir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka, jumlah penduduk di situ yang datang dengar ceramah mereka boleh dibilang dengan jari.

Jam 10.30 malam, hanya kira-kira 20 orang.

Ketika Agendadaily singgah di situ, Sabtu malam Exco PKR Kerajaan Selangor Yaakob Sapari sedang berceramah.

Beliau macam cakap sorang-sorang saja kerana penonton yang ada buat tak kisah. Mereka berdiri tepi jalan sambil hisap rokok.

Barangkali niat sebenar ke situ hanya nak dengar tokoh hebat PAS Datuk Dr Hasan Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayob berucap.

Agendadaily nak tegur kedua-dua mereka segan. Bimbang mereka malu alah kerana tak ramai yang datang nak dengar cakap mereka yang selama ini berapi-api menghentam kerajaan.

Lagipun nampak kedua-dua mereka yang sedang tunggu giliran sudah macam orang mengantuk dan riak mukapun tak ada mood langsung.
 
Lagi satu yang menarik, walaupun Wong Ho Leong bertanding, yang buat kerja pasang poster dan bendera calon DAP itu terdiri dari muka-muka Melayu. 
 
Sumber dari : AgendaDaily

Komen Arab : abis lah...hancur lebur, mahphus mahphis,semua dah terlunjing pi.. nampaknya doa paderi nik ajis..Allah makbulkan, ameenn.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails