Thursday, May 13, 2010

PAS: JANGAN SENTUH PASAL 13 MEI, NAK MAIN ISU KALIMAH ALLAH ITU OK,

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob memberi amaran agar tidak ada pihak 'yang bergurau' tentang 13 Mei termasuklah Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) kerana tarikh tersebut mempunyai signifikan yang sangat merbahaya untuk negara ini.

13 Mei 1969 menyaksikan pertumpahan darah etnik yang terburuk semenjak pembentukan Malaysia, apabila parti-parti pembangkang seperti DAP, Parti Buruh dan GERAKAN (belum menyertai Barisan Nasional) besar kepala setelah memperolehi kemenangan dan berjaya menguasai kerusi-kerusi bandaran dalam pilihanraya umum pada tahun tersebut. Walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan UMNO memandangkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Tunku Abdul Rahman Putra yang menerajui kerajaan dengan sikap sambil lewanya, keganasan kaum tersebut telah dimulakan dengan perarakan besar-besaran mengusung keranda seorang lelaki Cina yang mati akibat sakit tua dan bertukar menjadi pertunjukan biadap dan kurang ajar kaum imigran terhadap orang Melayu dengan slogan-slogan subversif dan penyapu besar!

Pada masa yang sama, para pemimpin pembangkang yang besar kepala turut menyalahkan dan mengheret polis memandangkan majoriti anggota polis berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dan apabila polis gagal menangani keganasan tersebut, satu platun tentera yang diketuai oleh seorang pegawai berbangsa Cina dihantar. Pun begitu, pegawai tersebut gagal melaksanakan tugas mengamankan dan akhirnya Askar Melayu Diraja digunakan untuk mengamankan Kuala Lumpur.

Keganasan tersebut hanya berlaku di Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang, penyokong-penyokong DAP, GERAKAN dan PKM cuba mencetuskan keganasan dengan pembunuhan kejam seorang lelaki Melayu. Bagaimanapun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan. Di negeri-negeri lain, keganasan antara kaum tidak berlaku.

Pembohongan tentang peristiwa berkenaan berleluasa sehingga kini. Contoh paling ketara adalah seperti yang tertera dalam blog Penarik Beca yang cuba menyalahkan UMNO dan membela DAP dan Parti Komunis Malaya menerusi Parti Buruh. Darah Cina dan bulu roma Cina tidak hanya tidak gugur di Kelantan seperti yang didakwanya, sebaliknya negeri-negeri lain kecuali di Kuala Lumpur sepanjang 10-13 Mei 1969.

Amaran yang diberikan oleh Salahuddin Ayob itu sebenarnya wajar diberikan kepada geng Erdogan dan Liberalis Murtadin di dalam PAS dan Pakatan Rakyat memandangkan kecenderungan mereka untuk mencetuskan rusuhan dan keganasan kaum. Mereka tidak boleh menafikan peranan aktif yang sedang mereka mainkan untuk tujuan tersebut terutama dalam isu kalimah Allah dan sekatan kebebasan beragama di negara ini yang mereka wujudkan dalam khayalan Pakatan Rakyat!

sumber dari: theflyingkick

arab nak komen lah,,,,, puak pro BN tak boleh cakap apa...nnt akan di katakan RACIST,,  pak nizar tu dok menghasut kaum cina, tu apa kenamanya

1 comments:

Hamba Allah said...

Nizar jamaludin ialah cina yang berkulitkan melayu dan politik nya bertopengkan Islam. Dia ada lah munafik yang tak dapat terima takdir Allah swt keatas diri nya.

Related Posts with Thumbnails