Monday, May 3, 2010

KICKDEFELLA: BURUKNYA PERANGAI SEORANG ULARMAK

Pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mendakwa diarah oleh pemimpin PAS untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan suatu yang dianggap menggemparkan dan mengejutkan.

Tambahan pula beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengaku dibayar RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti dan menggerakkan operasi gerak saraf, adalah suatu bayaran yang cukup besar nilainya.

Maka tertanya-tanyalah orang ramai, dari kantung mana wang itu dikeluarkan. Apakah sumber untuk membayar penulis blog itu dikorek daripada wang tabung sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah PAS? Atau ia daripada wang projek balak?

Syed Azidi kelihatan yakin tentang perkara yang didedahkannya. Jika tidak masakan dia berani berdepan risiko saman daripada bekas bosnya yang pernah menyuruhnya hentam orang itu dan ini.

Dana RM4 juta untuk operasi gerak saraf pun sudah disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat Global Media Channel Sdn Bhd (GMC).

Sungguhpun sedikit sebanyak operasi gerak saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan Abdullah dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu boleh dianggap berkesan, tetapi kisah duit ini amat mengejutkan para penyokong PAS.

Selama ini bukan sahaja penyokong PAS, malah orang awam berpandangan penulis blog yang menyokong parti itu ikhlas berjuang tanpa minta dibayar, tetapi hakikatnya tidak begitu, sebaliknya dibayar begitu tinggi.

Jadi memang mereka patut marah. Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membela nasib orang miskin di Kelantan tetapi disalurkan untuk membuat fitnah dan memburuk-buruk sesama orang Islam.

Jika dana sebesar itu disalurkan kepada rakyat Kelantan, nescaya pelbagai bentuk kemudahan dan faedah dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu. Apatah lagi Kelantan bukanlah negeri yang kaya.

Tetapi, PAS Kelantan melihat dana sedemikian adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan cengkaman politiknya daripada digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sendiri.

Hakikatnya, di mana pemimpin PAS hendak letak muka apabila kini terbukti kerana tamakkan kuasa PAS sanggup tabur fitnah dan jual agama.
Sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam, perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang patut dijauhi. Tidak terfikirkah pemimpin dan penyokong PAS yang mereka telah berdosa kepada seorang pemimpin dan kerajaan Islam negara ini.
Kini tembelang pendekatan dan kaedah PAS (sebelum ini PKR) yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan BN didedahkan satu demi satu oleh penulis blog yang pro-PAS sendiri, Kickdefella.

 
Jika sebelum ini bekas sahabat dan pemimpin Anwar Ibrahim mendedahkan tembelang dan permainan kotor PKR terhadap pemimpin BN, kini Syed Azidi pula ke hadapan untuk mendedahkan pekung PAS hendak menjatuhkan BN.

Apa pun, semua kemelut dan kekalutan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah jelas, bukannya berpunca daripada kerja-kerja Umno tetapi adalah kerana kesedaran mereka yang telah insaf akan mainan politik kepentingan diri beberapa pihak dalam PAS dan PKR.

themalaysianinsider

0 comments:

Related Posts with Thumbnails