Sunday, May 2, 2010

Nasrudin Tantawi buak lawak


Saya rasa kelakar juga apabila Ketua Pemuda Pas iaitu Nasrudin Tantawi membuat laporan Polis hanya kerana ada ugutan dari individu di sebuah laman sosial terhadap Nik Aziz.

Pertama sekali yang kelakarnya bagi saya ialah kerana selama ini Pas sering mengatakan bahawa pihak Polis di negara ini tidak adil dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, saya masih ingat lagi bahawa Nasrudin Tantawi inilah yang mendesak supaya Ketua Polis negara meletak jawatan kerana disifatkannya bahawa pihak Polis kini sudah hilang kredibiliti dan tak lagi telus didalam menjalankan tugas didalam kes arwah Amirulrashid.

Ketiga dan paling saya rasakan amat sinis ialah laporan Polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas ini seolah-olah menunjukkan bahawa Nik Aziz takut kepada ugutan. Dalam bahasa kasarnya "takut mati".

Saya tak menafikan bahawa perbuatan individu yang melemparkan ugutan kepada Mursyidul Am Pas ini agak keterlaluan. Dan memang saya katakan perbuatan mengugut seperti ini adalah kerja "orang yang tak berakal". Namun persoalannya disini, adakah pemimpin-pemimpin Pas juga menggunakan akal mereka didalam memainkan percaturan politik?

Semua tentu masih ingat tentang ungkapan doa pecah perut oleh Nik Aziz kepada DS Najib Tun Razak hanya semata-mata kerana mahukan royalti minyak di Kelantan. Apakah ini bukan satu ugutan bunuh kepada Perdana Menteri oleh Nik Aziz?

Selalunya orang yang pecah perut pasti tak akan hidup lagi dan itulah yang dimahukan oleh Nik Aziz ketika melafazkan doa tersebut kepada DS Najib.

Yang menghairankan, ketika itu tiada siapapun yang membuat laporan polis kerana semua memahami permainan politik yang di amalkan oleh pemimpin nombor wahid Pas ini. Dan jika DS Najib pun tak ambil kisah dengan "keampuhan" doa ulamak tersohor Pas ini, apakah kini perlu pemimpin-pemimpin Pas melompat dengan wujudnya ugutan oleh satu individu yang mungkin hilang kewarasan akal fikirannya?

Jika dinilai dari perspektif berbeza, mungkin budaya mengugut bunuh ini dipelopori oleh Nik Aziz sendiri. Apa salahnya pemuda dilaman sosial tersebut mengugut Nik Aziz kerana Nik Aziz juga telah mengajarkan "ilmu ugut" kepada seluruh rakyat Malaysia disebalik doa pecah perutnnya kepada DS Najib?

Saya cuma mampu tersenyum melihat telatah pemimpin-pemimpin Pas yang hilang kewarasan mereka seketika hanya akibat dari terkena "senjata" yang selama ini mereka gunakan terhadap orang lain.

Selama ini mereka amat berbangga dengan permainan doa pecah perut, solat hajat 7 hari 7 malam memohon Allah menurunkan bala terhadap seteru mereka dan juga Qunut Nazilah meminta Allah memusnahkan musuh politik mereka. Kini baru mereka tahu bagaimana rasanya apabila ada pihak yang mahu melihat kemusnahan pemimpin mereka sendiri.

Saya mengharapkan supaya kes ugutan seperti ini akan membuka mata kebanyakan pemimpin Pas khususnya Nik Aziz sendiri. Di akhir zaman ini, tuhan membayar secara tunai apa yang kita lakukan. Jika sebelum ini Nik Aziz dan kebanyakan pemimpin Pas sibuk meminta kemusnahan pemimpin kerajaan, adillah jika perkara yang sama juga berlaku terhadap diri mereka.

Namun satu perkara yang membuatkan saya tak berhenti tersenyum. Saya cuba membayangkan, jika murid Pas iaitu "Bob Bagan Pinang" yang dikhabarkan ditetak dengan pedang samurai pun langsung tak meninggalkan sebarang luka dibadan, pastinya Nik Aziz sebagai Tok Guru lebih hebat dari itu.

Karamah Nik Aziz pastinya lebih dahsyat kerana selipar tandasnya pun diceritakan boleh memberikan keberkatan kepada sesiapa yang menyimpannya.
sumber dari: pusakaayahnda

arab nak komen: pandai sungguh dia buat lawak bodoh, pandai pulak dia pi cari polis, TAK MALU !!!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails