Friday, December 6, 2013

MELAYU TANPA UMNO #PAU2013




pagi tadi awal aku dah pergi ke PWTC, bersarapan dengan seorang kawan di medan selera entah apa namanya aku dah lupa, selepas itu aku bercadang hendak masuk ke dewan merdeka semangat pulak aku hari ini, sebelum aku nak teruskan tulisan blog ini aku nak kata aku bukan di bayar oleh mana mana unit atau biro didalam umno untuk buat kerja ini.




masuk saja ke PWTC dah ada orang bagi utusan percuma kepada semua yang hadir, terima kasih kepada yang menaja.


pemerhati politik wanita memang tidak di nafikan mereka begitu setia di sini awal lagi mereka dah duduk "BERKELAH" di ruang legar PWTC, tidak ada sesiapa boleh halang.

aku tak jadi nak masuk dewan merdeka bila ada perwakilan ajak minum di riverside cafe. pagi ini nampak tak sesak sangat masih ada meja kosong. aku bersama kawan kawan duduk di satu sudut. membaca utusan dah tak peduli pada ucapan pembahasan.

menarik perhatian aku hari ini ialah cerita muka hadapan utusan, DIMANAKAH MELAYU TANPA UMNO. menjadi persoalan apakah akan terjadi pada melayu sekarang kalau orang melayu tidak menentang penjajah inggeris yang mahu menyekat kuasa raja raja melayu. tertubuhnya malayan union lah maka kuasa penjajah dapat di hapuskan dan raja melayu berkuasa. selepas itu tertubuh lah UMNO bersama parti kaum cina dan india turut sama membentuk negara malaysia.

rakyat seharusnya membuka mata, apa yang kita kecapi sekarang ialah atas kebijaksanaan pemimpin terdahulu, cuba kita bayangkan kalau melayan union tidak ada, aku dapat rasakan orang melayu akan menjadi bangsa yang menumpang di negara sendiri.

Sejarah tidak boleh menipu, sejarah telah membuktikan kaum bumiputera di negara negara lain telah terhapus bilamana kuasa politik hilang dan mereka merempat.

cuba cuba lah bersyukur sikit dengan yang ada. jangan tau nak membangkang saja, jangan celupar sangat bila berbicara. ada orang melayu pulau pinang sendiri berkata, baik komunis jaga kita, dapat juga duit RM 100 setahun. hangpa memang gila...!!!

- Posted using BlogPress from my iPad

1 comments:

Anonymous said...

Yang jangan celupar tu UMNO, yang jangan sombong tu UMNO...dimana UMNO kalau tidak diselamatkan oleh Melayu kampong dan pinggiran kota apabila Melayu kota dan bangsa lainnya menolak UMNO...kalau UMNO tidak menuntut kemerdekaan dulu, macam-macam perkara boleh berlaku,.. kata-kata jika tiada UMNO Melayu akan lebih teruk dari sekarang begitu bongkak, takbur dan angkuh,..apa UMNO nak cabar suruh Melayu mencuba satu musim pemerintahan tanpa UMNO pada PRU 14 nanti??

Related Posts with Thumbnails