Wednesday, December 4, 2013

AKU, UMNO DAN PWTC. #PAU2013

4hb Dec 2013, 2.30 pagi

aku telah selamat sampai di kuala lumpur, sepanjang perjalanan aku tadi dari ipoh hingga ke sini hujan. Alhamdulilah semuanya selamat.

Aku terus ke restaurant pelita bangsar hanya sekadar minum nescafe tarik dan mencuci mata.

Aku mula bukak facebook ceritanya apa lagi kalau tak cerita bergambar kawan kawan di PWTC tadi. Malam tadi penuh cerita mengenai orang umno di sana. Dah macam artis berjalan red carpet di malam anugerah.

Sesiapa yang menjadi perwakilan patut menjadi bangga kerana dalam 3.3juta ahli umno, anda dalam 2,967 perwakilan yg terpilih. Tahniah aku ucapkan kepada semua yang menjadi perwakilan pemuda, puteri dan wanita.

Aku terlepas untuk mengikuti secara dekat perasmian serentak 3 sayap parti umno yang dirasmikan oleh Timb Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucapannya yg sempat aku take note ialah meletakkan harapan penuh kpd 3 sayap utama parti untuk terus di dalam satu pejuangan membela orang melayu dan bumiputera.

Kali ini cara aku berblog rasanya mahu lebih santai, aku akan gunakan peluang yang ada menceritakan perjalanan aku sendiri di pwtc selama 4hari



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails