Kita ini orang umno semangatnya umpama hangat hangat taik ayam saja. Bercakap berdegar degar dalam dewan, suka bila bercakap mendapat tepukan, lagi orang tepuk lagi kuat motivasinya untuk bercakap. Tapi bila balik ke kawasan habuk pun tarak.
ini adalah ulasan aku terhadap ucapan penggulungan Presiden Umno Datuk Seri Najib. Memang tepat sekali apa yang najib katakan itu, kita ini selalu nampak orang lain salah, menuding jari kepada orang. Sebenarnya salah kita tak pernah nak tengok.
Bergegar dewan merdeka itu bila cakap nak memperkasakan umno, sayangnya setakat dalam dewan saja lah, Najib sendiri dah bongkar berapa bahagian dan cawangan membuat mesyuarat mengikut perlembagaan. Usah bicara nak perkasakan umno kalau di peringkat cawangan pun nak tengok buat mesyuarat 2 bulan sekali pun susah, bagaimana pulak di peringkat UMNO bahagian ?? Biarlah ajk bahagian yang menjawabnya.
Di peringkat cawangan lah kita boleh dengar masalah rakyat, nak dekat PRU14 baru nak buat mesyuarat rasanya ketika itu rakyat dah jauh dengan umno. Betul juga lah apa yang najib katakan itu.
alhamdulilah aku di peringkat umno cawangan telah sedar awal sejak lepas PRU13 dan lepas pemilihan parti telah di pilih sebagai AJK umno cawangan dah 3 penggal, aku dah pergi mesyuarat umno cawangan 2 kali dah sejak pemilihan yang lalu, aku dah pentingkan gerak kerja di cawangan untuk pilihanraya akan datang.
Aku telah pandang ke hadapan, kalau kita sayang umno kita kena bergerak selari dengan presiden umno,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment