selesai sudah persidangan umno bagi 3 sayap nya tadi. aku bergerak seorang so sememang nya tidak boleh mengikuti semua persidangan itu serentak. asalnya ingat nak duduk dalam riverside cafe minum nescafe tarik sambil melihat gelagat perwakilan bersilat di dalam dewan secara live menerusi TV , tapi terlalu ramai pulak. aku dah jadi macam kucing nak beranak, sekejap keluar, sekejap masuk. selepas itu sesekali menjeling apa yang patut, yang kecik yang besar yang ramping dan bahasa baru aku dapat ialah yang ++++++,
apa yang menarik dalam semua ucapan dan usul masing masing cuba memberi pandangan untuk membaik pulih umno supaya umno lebih kuat dan nampak kehadapan.
aku merumuskan semua usul dan ucapan dalam persidangan akan menjadi dasar kepada kerajaan, kita jangan lupa Bank Islam, Tabung Haji, Felda, UKM, Mara, UITM, adalah datang dari perbahasan dan usul dari persidangan umno.
apakah kita ahli umno tidak cukup bangga dengan apa yang kerajaan ada datangnya dari suara keramat ahli ahli umno. jangan ada pulak kata yang datang perhimpunan umno ini sekadar angguk angguk macam burung belatuk,
kepada golongan usahawan menguasai parti umno, mereka tidak memahami kerajaan, bagi mereka kerajaan hanya tempat menambah kekayaan. tetapi jika org kerajaan menguasai parti tentu kedua dua komponen ini akan seimbang.
- Posted using BlogPress from my iPad
0 comments:
Post a Comment