Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tasik Gelugor, Mohd.Nashrol
wakil dari Pemuda UMNO Pulau Pinang membawa dua usul.
Pertama bagaimana mahu memperkasakan UMNO. Perlu perkasa dari segi rohani, kedua perkasa kuasa beli.
Kita perlu sokongan anak muda. Kita harus terapkan sifat berjuang dalam anak muda.
Kita sokong wujud akedemi latihan dan perkaderan anak muda yang harus dimulakan sejak di bangku sekolah. Baru boleh terap semangat perjuangan bangsa dan agama. Demi sokongan anak muda. Modulnya perlu stabil dari segi keagamaan dan keduniaan dalam perjuangan parti.
Kedua, dari segi kebendaan. Kita gesa supaya buat sesuatu mengenai ekonomi anak muda.
Di Pulau Pinang orang Melayu terhimpit. Harga rumah ratusan ribu ringgit. Ini politik paling keji untuk halau orang Melayu. Ramai beli rumah di Kedah.
Saya gesa bangunkan rumah kos rendah dengan segera. Jangan tunggu pilihan raya baru nak umum dan buat.
di akhir ucapan dari wakil pulau pinang sempat dia membidas tindak tanduk Pas di pulau pinang. pas bukan pejuang bangsa dan agama di negeri pulau pinang.
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Jalan Putra,Kuala Lumpur,Malaysia
0 comments:
Post a Comment