aku boleh mendabik dada sekarang, bermakna aku telah nampak lebih kehadapan dari pemuda umno ketika itu, kenapa aku buat usul itu, kerana aku pernah berkerja di sektor perkilangan, waktu itu aku di terima kerja di sebuah kilang elektronik di perai, aku melihat semua anak muda melayu berkerja sebagai operator saja, ada yang dah kerja situ hampir 20 tahun tapi tiada peningkatan untuk memajukan orang melayu untuk ke satu tahap lebih tinggi.
dalam masa sama ada seorang bangsa lain juga di terima masuk. selepas tiga bulan dia telah di naikkan pangkat dari operator ke quality control. aku pulak telah di naik kan pangkat ke line leader, tapi kerana bangsa lain yang menguasai tempat itu, kenaikkan pangkat aku telah di bekukan. aku lihat ini satu dikriminasi yang terangcang, atas dasar pejuangan hak hak orang muda melayu ketika itu, aku terus meletakkan jawatan, langsung aku membuat usul di atas platform pemuda umno.
Kerajaan diminta mengambil tindakan menghentikan amalan diskriminasi yang dihadapi golongan muda bumiputera dalam sektor swasta.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat kajian menunjukkan amalan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat milik bukan bumiputera di negara ini.
"Kajian itu menunjukkan mereka menerima gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki,'' katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. - utusan
terima kasih YB khairy kerana memperjuangkan usul ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
0 comments:
Post a Comment