Tuesday, March 1, 2016

TUN M MEMBUNUH MUSUH POLITIK DAN GADAIKAN UMNO KEPADA PEMBANGKANG

KENYATAAN DARI KETUA PENERANGAN UMNO TENTANG TUN DR MAHATHIR KELUAR UMNO

Pengumuman Tun Mahathir keluar umno sudah lama di duga..pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "Dato Sri Najib, selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal.

Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan Dato Sri Najib.

Pendekatan ini di dorong pengalaman Tun Mahathir dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

Kerajaan UMNO Kelantan "di bunuh "dalam usaha Tun Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh, Kerajaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi. Tun Mahathir sanggup memberi "hadiah"kepada PAS(Kelantan),PKR(Sngor)dan DAP(P Pinang)asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

Dalam kata lain sejarah membuktikan Tun Mahathir tidak teragak agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .ITULAH Tun Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya.TO FAIL IS NEVER AN OPTION...

Justeru terpulanglah kepada ahli umno untuk melihat episode terbaru ini. Buat Tun Mahathir beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dalam gulungan billionaire terkaya di Malaysia. Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat Tun Mahathir utk menjadikan beliau "darling of opposition"dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around)23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO.

Sebagai "true Michevellian",matlamat menghalalkan cara.Tun Mahathir tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan Tunku Abd. Rahman, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Badawi dengan cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan,Selangor dan P Pinang..kini Tun Mahathir bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dalam menewaskan orang yang tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way".

Ahli UMNO sejati harus terima keputusan Tun Mahathir sebagai hak peribadi nya..Barang siapa berjuang kerana Tun Mahathir mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN Tun Mahathir.. Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA UMNO BHG KETEREH
AHLI NO 000000124

0 comments:

Related Posts with Thumbnails