Monday, March 21, 2016

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR MAHU KAN SIASATAN TERHADAP KETUA MENTERI DI BUAT SECARA TERPERINCI #lgerasuah #suspectpcm #duluubahsekarangrasuah

Kenyataan Media
Nashrol Hisham Bin Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda
UMNO Bah. Tasek Gelugor.

Assalamualaikum WBT...

SIASAT LIM GUAN ENG DENGAN TERPERINCI...
------------------------

Saya, Nasrol Hisham Bin Abdullah, selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bah. Tasek Gelugor, mewakili aspirasi anak2 muda di dalam parlimen Tasek Gelugor, dengan ini mendesak dan menggesa agar pihak berkuasa khususnya SPRM menjalankan siasatan secara terperinci di atas dakwaan Ahli Parliman Tasek Gelugor, YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, serta laporan yg telah dibuat oleh pelbagai pihak berhubung tindakan bercirikan penyalahgunaan kuasa dalam isu tanah Taman Manggis, yg turut dikaitkan dengan wujudnya keraguan dalam urusan jual beli 1 unit rumah banglo di Jalan Pinhorn melibatkan Ahli Parlimen Bagan yg juga Ketua Menteri P. Pinang, YAB Lim Guan Eng...

Terlebih dahulu, kami, mewakili pemuda Tasek Gelugor mengucapkan syabas kepada YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg juga merupakan Ahli Parlimen kami kerana telah membuka mata rakyat Malaysia, khususnya rakyat P. Pinang... pendedahan yg dibuat oleh YB Datuk jelas menunjukkan kegagalan kerajaan negeri P. Pinang pimpinan Lim Guan Eng mentadbir urus dgn telus, amanah dan penuh akauntabiliti, sepertimana yg mereka sering canangkan selama ini...

Tindakan LGE yg cuba mencabar Ahli Parlimen Tasek Gelugor untuk bersemuka dalam satu sessi 'coffee break', semalam, bagi kami, adalah usaha LGE untuk cuba mengalihkan perhatian umum daripada memberi tumpuan kpd isu sebenar... LGE akan tampil kononnya dia hero kerana berani mencabar utk bersemuka... hakikatnya, pendedahan ini telah dibuat melalui sidang parlimen dan sewajarnya LGE turut memberi penjelasan berhubung dakwaan ini juga di dalam sidang Dewan Rakyat (parlimen), walaupun sebenarnya YB Tasek Gelugor bukanlah mengajukan soalan ini terus kpd LGE tempohari...

Tidak ada sebab utk LGE melenting dan mengelabah, jika yakin berada di pihak yang benar... malah LGE juga perlu memberi ruang yg secukupnya kpd pihak berkuasa terutama SPRM untuk menjalankan siasatan dengan telus dan terperinci... menjemput media mengadakan lawatan ke kediamannya semalam sebenarnya adalah satu tindakan terdesak bertujuan menagih simpati media... keadaan rumah hanyalah salah satu faktor kecil dlm menentukan nilai sesebuah rumah... lebih utama lagi adalah kedudukan rumah tersebut yg terletak di tengah pusat bandaraya serta keluasannya... sebab itu, harga RM2.8 juta yg ditawarkan kpd LGE diragui sedangkan harga pasarannya mencecah RM6.5 juta...

Sehubungan itu, saya mewakili pemuda Tasek Gelugor akan tetap utuh menyokong dan setia menjadi benteng di belakang YB Datuk Hj. Shabudin Bin Yahaya, yg merupakan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian kami... dan sekali lagi, kami menggesa dan mendesak pihak berkuasa terutama SPRM agar menjalankan siasatan segera dengan telus dan terperinci... kami sebagai sebahagian rakyat P. Pinang berhak untuk tahu kebenarannya apatah lagi isu ini melibatkan kepentingan dan hak rakyat P. Pinang...

Wassalam...

Nashrol Hisham Bin Abdullah
KP Tasek Gelugor.

Sent from my iPad

0 comments:

Related Posts with Thumbnails