Mungkin itulah yang berlaku pada seorang bekas Naib Ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang ini. Jika boleh, mungkin tiap-tiap hari dia mahu kenyataannya disiar media. Jika boleh, mungkin dia mahu seluruh negara kenal dia. Mungkin dia mahu glamor macam isterinya yang cantik jelita...
Setelah dipecat dari sebarang jawatan UMNO, dia yang masih lagi ahli biasa parti tiba-tiba memburukkan imej parti dan Presiden. Dia sanggup bersekongkol dengan warga asing yang pemilik Sarawak Report, Clare Brown, yang juga dikenali sebagai penipu besar yang 'tebal muka'nya untuk melakukan kerja keji.
Mengapa beliau buat begitu penulis tidak pasti. Khabarnya, keengganan UMNO membantunya menyelesaikan hutang yang menyebabkan dia muflis itu menjadi penyebab utama dia 'buat perangai'. Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan itu benar atau tidak, kerana ia berstatus 'desas-desus'. Namun begitu, ada juga logiknya kerana dia tidak pernah menyerang parti atau Presiden sebelum diumum muflis.
Selalunya, orang yang diumum muflis akan bertungkus-lumus mencari jalan untuk keluar dari status berkenaan. Dia akan bersusah payah untuk membayar hutang tersebut bagi membebaskan diri dari batasan yang dikenakan pada individu yang diisytihar muflis.
Namun lain pula bagi bekas Naib Ketua Bahagian UMNO itu. Setiap masa kerjanya ialah memaki hamun dan mencerca Presiden UMNO. Dia dikatakan kini bersekongkol dengan bekas Perdana Menteri untuk menjatuhkan Presiden UMNO. Hutang piutangnya apa cerita?
Bagi seorang muslim yang baik, selalunya kita akan memikirkan tentang melangsaikan hutang, kerana agama menegaskan bahawa setiap hutang perlu dibayar kecuali dihalalkan pemiutangnya. Tapi apa yang lelaki itu buat, langsung tidak menggambarkan aktiviti ekonomi untuk membayar hutang.
Timbul persoalan, apakah dengan menjatuhkan Perdana Menteri dan memuaskan hati bekas Perdana Menteri, maka dia dijanjikan akan dibebaskan dari bebanan hutang dan status muflis? Apakah anak-anak bekas Perdana Menteri itu telah berjanji akan membayar hutang lelaki berkenaan, jika gerakan menjatuhkan Presiden UMNO itu berjaya dilaksanakan?
Jika benar, maka tidak hairanlah jika dia benar-benar bertindak bagaikan 'anjing suruhan'. Siang malam kerjanya hanya 'menyalak' dan menyerang UMNO serta kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak. Mungkinkah benar ada ganjaran 'tulang emas' di sebalik 'salakan' dan serangan yang dia lakukan?
Tapi pada pandangan penulis, usah risau sangat dengan dia. Orang seperti itu selalunya hanyalah 'tong kosong' saja. Ia 'berbunyi tapi tidak berisi', tidak memberi kesan apa-apa. Dia fikir orang percaya padanya, tapi sebenarnya ramai yang menjuihkan bibir...
Khabarnya, akar umbi di UMNO Bahagiannya sudah menyampah habis pada dirinya. Bukan saja meluat, malah jika boleh mereka enggan lihat mukanya yang memalukan seluruh UMNO Bahagian tersebut. Buruknya dia, lebih teruk dari 'si kitul'.
Tapi dialah juga yang menjadi perhatian portal pro-pembangkang. Mungkin bagi portal-portal berkenaan ia menjadi 'aset', tapi mereka tidak sedar bahawa rakyat memperlekeh laporan yang tidak berkreadibiliti yang diambil dari 'mulut longkang'. Nasiblah! - SUMBER UTARANEWS.COM
0 comments:
Post a Comment