Tuesday, March 1, 2016

TINDAKAN KELUAR UMNO TEPAT SETELAH MEMBUAT ONAR

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah tepat apabila beliau keluar daripada UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai pilihan terbaik bagi Dr. Mahathir “memandangkan hubungan beliau dengan UMNO atau pemimpinnya sudah tidak boleh dipertahankan lagi”.

Melalui catatan terbaru dalam laman blognya hari ini, Salleh berkata: "Tindakan Dr Mahathir memudaratkan parti dan adalah kelihatan tidak logik sekiranya beliau terus berada dalam parti, dan pada waktu yang sama, menentang parti.

“Sekiranya Dr. Mahathir ingin terus menyerang UMNO, maka beliau perlu berbuat demikian di luar UMNO. Itu merupakan perbuatan mulia dan beretika untuk dilakukan.”

Salleh berkata, beliau sedih dengan episod kali ini, bukan ke­rana Dr. Mahathir sekali lagi me­ningglkan UMNO, tetapi kerana keadaan pengundurannya.

Katanya, tiada siapa boleh menafikan Dr. Mahathir banyak berjasa kepada negara sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, "walaupun tempoh beliau menyandang jawatan itu, tidaklah bebas sepenuhnya daripada kecacatan.”

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, tindakan bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar daripada UMNO tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Katanya, ini kerana BN telah mendapat mandat daripada rak­yat pada pilihan raya umum yang lalu dan kepercayaan itu perlu terus digalas bagi memenuhi agenda yang telah dirancang untuk rakyat. 

Ahli MT UMNO yang juga Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula berkata, keputusan Dr. Mahathir untuk meninggalkan parti itu bukan tindakan yang pertama kali dilakukan beliau. “Tindakan yang diambil Dr. Mahathir bukan sesuatu yang mengejutkan kepada ahli UMNO kerana beliau pernah bertindak sedemikian sebelum ini. Sama ada tindakan ini akan mendatangkan kerugian kepada parti atau tidak itu kita akan nilai kemudian,” jelasnya. 

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pula berkata, tindakan Dr. Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan ahli UMNO terhadap parti itu di Kedah. “Ahli UMNO taat kepada pemimpin dan kita yakin UMNO mampu tangani perkara ini,” jelasnya.

-SUMBER UTUSAN

ELOK LAH SANGAT KELUAR, SETELAH APA YANG DI BUAT, TIMBALAN HILANG, NAIB HILANG, MB PUN HILANG,  SELEPAS INI BOLEH LAH MENGHALALKAN CARA.  

0 comments:

Related Posts with Thumbnails