Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin PKR yang kini dalam rangka untuk bekerjasama untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan sidang media khas esok bertempat di Tivoli Villa, demikian kata satu sumber.
Menurutnya sidang media tersebut bakal merekodkan sejarah tersendiri memandangkan ia bakal berlangsung di lokasi yang pernah dikaitkan dengan kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan Dr Mahathir.
Terdahulu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengesahkan Pakatan Harapan termasuk PKR akan mengadakan sidang media berkenaan sebagai langkah awal untuk membentuk kerjasama politik dengan Dr Mahathir.
Ini kali pertama Mahathir akan duduk semeja dengan pembangkang khususnya pimpinan PKR termasuk ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini merupakan seteru politik utamanya sejak tercetusnya kes liwat dan gerakan reformasi membabitkan bekas timbalannya itu pada 1998.
Isnin lepas Dr Mahathir mengumumkan keluar dari UMNO setelah tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Najib. -SUMBER SUARA TV
0 comments:
Post a Comment