Tuesday, December 25, 2012

PARTI PAS HANYA SURI POLITIK KEPADA DAP

datuk seri reezal merican
DALAM keadaan umat Islam sedang berhadapan dengan cabaran, keberanian, kesungguhan, istiqamah dan iltizam berterusan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mengemukakan semangat 'wasatiyyah' ataupun moderation di dalam pendekatan Islam yang ada amat dialu-alukan

Kepada kita, ini adalah suatu pendekatan yang sangat mendepani zaman; wajar untuk diangkat sebagai 'jalur pemikiran' Islam sejagat dalam masa yang terdekat ini.

Kita harus menyusur kembali permulaan kepada idea 'wasatiyyah' ini yang diungkap oleh Perdana Menteri dalam ucapan di Oxford, yang bertajuk - 'The coalition of the moderates and inter-civilisational understanding'.

Semangat kesederhanaan dan wasatiyyah inilah yang menjadi akar pemikiran Perdana Menteri. Langkah untuk mewujudkan Global Movement of Moderates (GMM) yang diterajui oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga adalah satu langkah yang tepat.

Sebab itulah kita berpendapat adalah wajar usaha bersungguh-sungguh dilakukan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa inilah sebenar-benarnya jalan hadapan untuk Islam.

Islam yang lebih mampu mengisi matlamat-matlamat besar 'maqasid al-syariah'; menghadam kepentingan dan kebijaksanaan dalam mengurus fiqh al-taghyir (fiqh perubahan), fiqh al-maqasid, fiqh-awlawiyyat (fiqh keutamaan) dan fiqh al-dawlah (fiqh kenegaraan).

Semua ini, adalah suatu kekuatan yang sememangnya dipunyai oleh UMNO buat sekian lama.

Sikap UMNO yang tepat tentang 'tasawwur' Islam inilah yang mampu meletakkan kita jauh di hadapan daripada parti-parti yang kononnya membawa imej 'Islam' selama ini.

Alangkah molek dan indahnya, sekiranya 'orang UMNO' sendiri turut menguasai sistem nilai wasatiyyah; sebagai perlambangan bahawa kita semua adalah kumpulan ahli politik yang sederhana dan sangat mudah didekati rakyat.

Islam tidak punya banyak masa. Ombak dan gelombang globalisasi sedang menghempas pantai fikir dunia Islam - membentuk arus pemikiran negatif di kalangan umat dunia.

Inilah yang mahu kita hindarkan. Islam mesti cepat menyesuaikan diri dengan trend 'rise of the rest' (Fareed Zakaria; The Post American World) dan Kishore Mahbubani, 'Irresistible of Global Power from West to the East'; apakah model Pas atau UMNO yang lebih mampu mendepani zaman?

Apakah model 'progresif' UMNO atau model regresif Pas yang lebih mampu menarik minat masyarakat dunia. Kita perlu menghargai dan mula yakin dan percaya bahawa model UMNO inilah yang mahu kita kongsikan kepada masyarakat dunia.

Kalau bersandarkan kepada sirah - kita sama sekali tidak boleh menafikan peri pentingnya 'semangat reformis dan visionary' ini sebagai asas kepada peneguhan umat manusia. Perubahan dan transformasi adalah Fitrah kita sebagai manusia.

Sirah juga menggambarkan perkara yang sama. Krisis ekonomi zaman Mesir - menuntut pelaksanaan ekonomi jangka panjang model Nabi Yusuf. Krisis kepimpinan Firaun - memunculkan Nabi Musa a.s sebagai trendsetter perubahan bangsa.

Krisis keselamatan zaman kelompok terroris dan barbarian - telah melahirkan model keselamatan Dzulqarnain. Kesesuaian model Islamiah, yang relevan pada setiap masa dan tempat (likulli zaman wal-makan) inilah yang UMNO selalu perjuangkan.

Tasawwur Islam UMNO dan Pas ini berbeza bagai langit dan bumi. Sementara UMNO konsisten dan istiqamah; Pas sudah menjadi lemah dan semakin kurang ghairah.

Garang Pas tentang Islam sudah tidak seperti dahulu. Pas seakan-akan menjadi 'suri politik' kepada peranan yang didahului DAP. Sedangkan UMNO mempertahan kedudukan Islam dan Raja; Pas jadi parti yang bisu dan serba salah.

Bayangkan dalam soal-soal teras agama pun, Pas tidak berani membuat keputusan yang berani dan mendahulukan parti.

Ternampak jelas, Pas sudah menjadi sebuah parti Islam yang sangat dis-integrate dan kurang penting kepada Pakatan Rakyat.

Sebenarnya, apa yang berlaku kepada Pas pada ketika ini adalah satu dilema yang sangat besar. Pas sudah menyerah kalah dan sanggup menggadai maruah parti - demi untuk mendapatkan manfaat politik.

Kita perlu sama-sama merujuk kepada trend yang diungkap oleh Asef Bayat, 'The Coming of Post-Islamist Society'. Artikel penting ini menyentuh bagaimana parti-parti Islam Timur Tengah - sudah semakin meninggalkan pendirian 'Islamist'; dan mula mengenengahkan pandangan yang lebih liberal dan terbuka.

Siapa dalam Pas yang mampu menafikan mereka menuju arah sama? Hudud kepada Pas, hanyalah 'permainan politik'; berbanding kesucian sebuah perundangan dan hukum.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

1 comments:

taipingcentral_harapan melayu said...

Salam Sahabat seperjuangan..

Mohon dapat di linkkan blog saya tuan..

http://taipingcentral.blogspot.com/

Untuk posting blog Terbaru saya:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/live-hmetromy-bongkar-5-artis-malaysia.html?m=0

Semoga perjuangan Kita menambahbaikkan ukhuwah sesama kita. Semoga berjaya..

Hebat blog bro.......

Related Posts with Thumbnails