Friday, December 14, 2012

TRANFORMASI BN MENDAPAT SOKONGAN ANAK MUDA.

Tranformasi BN yang di lakukan oleh Najib menampakkan hasilnya bilamana calon calon PRU13 kali ini akan di isi oleh muka baru. sejarah telah membuktikan pada pilihanraya kecil yang lalu di mana saluran 4 dan 5 telah kembali menyokong BN apabila calon nya adalah muka baru. BN pilihan anak muda. 

lagi satu yang harus di beri perhatian oleh pucuk pimpinan atas dengan kesesuaian " WINNABLE CANDIDATE"  watak ini rasanya tidak berapa sesuai dengan cara kita sekarang. apa yang harus di tekankan ialah "WINNABLE PARTY" sebab itu lah Tun M perdana menteri ke empat sarankan agar perjuangan umno dan bn kembali pada asal. 

apabila Najib menggunakan perkataan winnable candidate maka ramai lah yang cuba menonjol di peringkat parlimen dan dun. Bayangkan lah penyelaras parlimen dan dun pun sudah memasang angan angan yang mereka juga winnable candidate. kerana itu lah penampilan pun sudah berubah, masuk kampung dah pakai baju keras* (bahasa orang kampung). 

sepatutnya kita kena dahulukan parti, keputusan calon biar lah perdana menteri yang tentukan. Sikap  begini jika di letakkan didalam setiap orang maka tidak ada lagi  cantas mencantas di dalam parlimen dan dun.  


Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju. 
Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa. 
"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam. 
Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang. 
Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan. 
Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat. 
"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya. Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya. 
Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya.  

0 comments:

Related Posts with Thumbnails