Tuesday, December 18, 2012

PAS MENGAMALKAN FITNAH SYAHWAT MAHU JATUHKAN NEGARA ISLAM..

ORANG ISLAM KENA KEKALKAN KERAJAAN SEKARANG 

Kenapa begitu? Sebabnya UMNO,MCA dan MIC sama-sama memerah otak dan mengeluar keringat berjuang untuk mengurai ikatan penjajahan sehingga kita merdeka pada 31/8/1957. UMNO merupakan tunggak kedaulatan politik Islam dan parti parti lain berdiri tegak sebagai Ahl al Dhimmah yang taat setia dan mematuhi undang-undang negara.

Kerajaan wajib melindungi mereka.Perlembagaam Malaysia mengizinkan mereka menganuti agama masing-masing. Tanpa membuang masa berfitnah, berghibah (mencerita sesuatu yang dibenci) dan bernamimah (mencari-cari aib orangn lain) di dalam dan luar 'selimut'di seantero dunia, 

BN mempersetankan itu semua, malah terus bergiat memajukan negara dengan matlamat mencapai tahap salah sebuah negara maju di dunia menjelang tahun 2020.Apa gunanya kita berhenti ditengah jalan? Rilek duduk dikerusi masing-masing, biar BN terus jadi pemandu kita.Tak betul jalan,atau laju sangat kita serkah dan tegur. Di mana perlu tepuk belakang mereka. 

Kita orang Islam kena tolak DAP. Pertama,falsafah idea sosialisma yang didukung oleh DAP memerlukan kaedah atau manhaj yang terkeluar baris ahli sunah waljamaah .Sejarah revolusi Russia 1913 membuktikan bahawa fahaman ideologi sosialis perlu menghasut kaum pekerja berdemonstrasi dan membuat kacau bilau hatta merosak harta benda awam dan pembunuhan untuk menjatuhkan sistem kapitalisma dan diganti dengan komunisma. 

Kedua, Di Malaysia DAP sebagai orang sosialist bercita-cita untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu iaitu unsur quid pro quo dalam kontrak sosial antara kaum.Dap ingin mentadbir negara atas konsep hak samarata Malaysian Malaysia.Ertinya DAP tidak menghormati sejarah negara ini. 

PKR pembawa obor ideologi demokratik liberalisma yang dicetus oleh John Locke.Liberalsma disokong oleh penganut hedonisma yang mempertahankan konsep LGBT iaitu pergaulan seks luar tabii. Liberalisma juga menyokong konsep Pluralisma Agama . Islam Malaysia yang bertaklid ahli sunnah wa jamaah menolak LGBT dan Pluralisma Agama . 

Islam sahaja yang diiktraf oleh Allah swt untuk dianuti,oleh umatnya. Sila perhatikan firmanNya seperti berikut: 

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah Al-Maidah:3) 

 "Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya."(Surah Ali Imran:19) 

Mengenai Pas,mereka perlu mansuhkan Amanat Hj Hadi kerana amanat itu memusnahkan kredibilitinya kerana nampak semacam melanggar perentahNya seperti yang difirman dalam surah al Hujurat ayat 11-12. Selebihnya lu fikirlah sendiri!

email dari pembaca blog
pesara polis. 

thanks uncle mat. 


0 comments:

Related Posts with Thumbnails