Wednesday, January 2, 2013

LAWATAN AMAL DI TAHUN BARU 2013. @tengchangyeow @dzainalabidin @NajibRazak @Khairykj @ahmadmaslan @Zahid_Hamidi

Pertama sekali arab nak ucapkan 'SELAMAT TAHUN BARU 2013" kepada semua pemain pemain politik dan pembaca2 setia blog. ini adalah entri pertama arab di tahun 2013 setelah hampir seminggu bercuti "Hari tanpa blogging." 

semalam 1.1.2013 arab bersama penyelaras kadun teluk ayer tawar DUN N:06 telah membuat lawatan amal di beberapa rumah yang terpilih. arab membawa masalah rakyat ke pengetahun pemimpin2 umno. Alhamdulilah nama nama yang di cadangkan untuk pergi ke rumah telah di ambil perhatian. 


rumah pertama: sdr azizul hadi ini telah terlantar begini selama dua tahun. akibat dari gangguan urat saraf. beliau adalah ahli pemuda umno cawangan bagan lebai tahir. seorang pemuda umno yang sudah lama tidak di dendangkan. 

selepas itu kami bergerak ke rumah seorang kenalan di telok ayer tawar. 

terima kasih kepada Aidi Roslan penyelaras kadun kerana memberi bantuan kepada mak cik ini, dengan bantuan yang sedikit akan meringankan masalah mak cik dan keluarga. 

di rumah terakhir arab bawa pulak sdr aidi ke rumah azhar, 





adik ini di katakan mengalami kecacatan kekal akibat kemalangan 3 bulan yang lepas. semangat yang tinggi adik ini untuk ke sekolah memang terbaik la. apa yang menyedihkan dari cerita bapa nya saudara azhar ialah cikgu cikgu di sekolah anak nya tidak pernah datang untuk melawat, di manakah pengerusi PIBG, di manakah kebajikan pihak PIBG, tiap tiap tahun hanya tahu mengutip derma. kononnya atas nama kebajikan murid murid. 

dari cerita arab itu, ini lah yang di namakan politik, politik yang menguntungkan rakyat, bukannya politik membuat fitnah yang hanya menguntungkan seseorang tapi tidak kepada rakyat. 

apa faedah nya cerita isu kapal selam, masalah rakyat tetap macam itu jugak. di atas pentas ceramah anwar pernah berkata, " kalau pakatan menang piliharaya kali ini. kita akan hantar najib ke mongolia. " dari kata kata ini apa faedah nya kepada rakyat. ???  ianya hanya satu persembahan lawak jenaka sahaja. 

lim guan eng dan anwar ibrahim pernah berceramah di parlimen tasek gelugor. apa yang kita nak hairan sangat. apa pengumuman dua bekas banduan ini yang mengutungkan rakyat tasek gelugor??? tiada langsung hanya datang nak buat fitnah sahaja. 




0 comments:

Related Posts with Thumbnails