Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta para pemimpin pembangkang menyemak fakta sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai sesuatu isu terutama membabitkan soal keselamatan dan pertahanan.
Beliau berkata perkara itu penting, bagi mengelakkan kenyataan itu menjadi bahan ketawa pihak yang lebih mengetahui.
"Saya fikir sektor keselamatan dan pertahanan ini janganlah disentuh biarlah ahli profesional dalam kalangan tentera dan polis yang jalankan tugas mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Sabtu lalu yang membuat andaian sekiranya pakatan pembangkang memerintah, mereka akan membekukan pengambilan baharu anggota polis kerana mendakwa nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.
Reaksi daripada kenyataan itu, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene menafikannya dengan menyatakan bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah seorang untuk 500 dan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi.
Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno berkata soal keselamatan dan pertahanan negara tidak harus dipolemikkan kerana soal keselamatan dan pertahanan negara tidak ada sebarang kompromi.
"Kita sebagai rakyat Malaysia harus memberikan sepenuh kepercayaan kepada polis dan tentera untuk mereka jalankan tanggungjawab," katanya-Bernama
si anak tuhan ini memang mangkok hayun dah, dulu bf dia si tony phua membuat kenyataan kalau pakatan memerintah akan membuang 40% kakitangan kerajaan, sekarang si anak tuhan yang paling gedik ini pulak kata nak bekukan ambil polis baru. pasangan ini juga dulu menyerang kedai satu malaysia, perhhhh satu tag team yang hebat.
mak jemah nak cakap, kalau nak jadi hero kononnya nak popular antara anggota polis, sebenarnya polis pun tak sabar nak pangkah BN. meluat dah tengok gelagat pakatan haprak ini.
0 comments:
Post a Comment