Monday, May 31, 2010

NAK MENANG PILIHANRAYA!!!!!, TUNDUK LAH DIA !!!!

photo dari facebook anti PKR club.

Arab nak berkata:,,,, nampak sangat kebodohan si Anwar dan Si azmin, kerana nak undi, kalu suruh jilat pungkok pun depa sanggup buat, Apa kata kawan kawan semua????

Saturday, May 29, 2010

MELAYU DAH TOLAK PKR...UMNO DOK BERMIMPI DI SIANG HARI

Pkr mahu dapatkan kembali sokongan melayu yang semakin menolak perjuangan mereka. KLIK SINI.azizah dalam ucapan kongres pkr memberitahu situasi ini cukup kritikal. shamsul kencing dalam seluar juga ada mengeluarkan hujah kerisauan yang sama.

lebih memeranjatkan lagi apabila cadangan presiden pkr, mahu menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu.

skuad khas ?
persoalan ?

kenapa mereka perlu tubuh skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu ?
tidakkah tindakan ini mencerminkan pkr juga mengakui sentimen rasis penting dalam politik?

kenapa melayu tolak pkr....juga menolak pas ?

agama mereka lacorkan,hak melayu mereka gadaikan,sultan selangor nik ajis biadap,sultan perak nizar dan pas biadap, kalid gereja samad angkuh dengan sultan selangor,zaid ibrahim biadap dengan sultan selangor,anwar hancurkan deb,anwar liberalkan islam,anwar sokong murtad,anwar sokong pemansuhan deb,anwar memainkan politik fitnah,pkr anti melayu,xavier anti islam,elizabeth wong sekular,kalid gagap kata dasar pemerintahan pkr samarata,anwar menangguh kes liwat,anwar meliwat,anwat takut bersumpah,anwar 20 kali tangguh kes liwat....
sumber dari blogger GAP KLIK SINI

Arab nak berkata, blogger GAP telah mendedahkan dengan panjang apa yang pemimpim2 UMNO dok buat selama ini, arab percaya di mana mana sahaja orang UMNO ini dok lena saja, atau pun dok bergaduh sesama sendiri, gerakan untuk mengajak orang melayu pergi mendaftar pengundi baru belum nampak lagi hasilnya,  apa dah jadi ngan orang umno nie, apa yang arab dok nampak sekarang, di peringkat bahagian kesemuanya rasa selesa ngan jawatan masing-masing, dan yang lebih teruk dok berangan angan PRU 13 nie aku mungkin akan jadi YB, dok bergerak buat kerja pun semata mata nak kan KPI tu sampai ke pihak atasan dan memungkinkan ada peluang jadi YB,

Turun lah kebawah sama tengok rakyat, kami nie hanya blogger, tak kan lah nak harapkan kami turun kebawah untuk terangkan isu isu semasa kepada rakyat, siapa nak dengar cakap kami nie, rakyat nak dengar sendiri dari mulut Ketua Bahagian, Yang Berhormat2, dah nama pun WAKIL RAKYAT. so jadi lah wakil rakyat yang baik,

Friday, May 28, 2010

GUAN ENG MAIN WAYANG CINA...MELAYU KENA TIPU LAGI.

Petikan dari The Star

Hackers delay payout for 18,000 senior citizens

GEORGE TOWN: The RM100 payment due to 18,000 senior citizens by mid-May has been delayed by a month as the computer system of the state government’s appreciation programme for senior citizens was hacked early this month.

State Welfare, Health, Caring Society and Environment Committee chairman Phee Boon Poh said the affected senior citizens are those who had gone overseas and those whose vouchers were returned by the banks due to technical errors when the money was handed out last month.

“The system has been fixed and the officers in charge are now revising and checking the names of the recipients,” he told a press conference here yesterday.

“Many names were missing from the system but we have a back-up,” he said, adding that it would take time to check the names of the people from all five districts.

“The district officers are all working hard to rectify the matter,” added Phee.

It was reported on April 24 that some 93% of the 82,983 senior citizens who registered for the Penang government’s annual RM100 appreciation reward programme had collected their money.

Phee added that the payment for those who registered between May 1 and July 31 would be made by the end of August.

Asked if he had lodged a police report over the hacking, he said he needed to get the full report before considering the move.-star
 
Alasan kononnya kehilangan data cukup memalukan,tahukah anda sistem keselamatan internet di SUK cukup baik,punyai firewall berharga puluhan ribu ringgit,punyai VPN(virtual private network) tidak seperti perhubungan internet yang digunakan dari rumah.

Jika mana mana pihak mahu menyerang sistem server di SUK mereka haruslah punyai IP VPN yang sama dengan SUK,adalah mustahil jika pihak luar punyai IP address dalaman tanpa kebenaran pegawai sistem maklumat.

Pegawai sistem maklumat di SUK,pasti faham apa yang diperkatakan oleh Pisau.Adalah mustahil server di SUK digodam ,melainkan di serang dari network dalaman atau pun perbuatan ini disengajakan.

Dalam pengetahuan Pisau,setiap server pasti akan dibackup paling kurang sekali sehari itupun jika pegawai sistem maklumat malas.justeru adalah mustahil jika semua data hilang.

Alasan kononnya diserang oleh Hackers langsung tidak boleh diterima,jika benar benar diserang mengapa tidak membuat laporan kepada pihak polis,suruhanjaya komunikasi dan cybersecurity?

Ternyata mereka cuba berbohong sekali lagi kepada rakyat,walhal perkara yang sebenar tidak dinyatakan.

Dalam artikel yang terdahulu,telah Pisau nyatakan,mereka bakal mengalami masaalah apabila menghabiskan peruntukan dari akaun amanah kerajaan negeri sebanyak 15 juta dalam masa yang singkat.:klik sini dan sini

Untuk pengetahuan anda, wang didalam akaun amanah telah kering kontang, mereka mengalami masaalah untuk mendapatkan dana untuk menglangsaikan bayaran wang ehsan.

Yang pasti mereka akan memaksa pihak Jabatan Kewangan Negeri mengorek mana mana akaun yang masih punyai dana walaupun menyedari ia adalah menjadi salah guna kuasa yang pasti pegawai kerajaan akan dijadikan kambing hitam akibat tindakan DAP jika ada apa apa masaalah berbangkit.

Inilah DAP kerja mereka hanya berbohong,memanipulasi dan memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.

Wang untuk rasuah pengundi warga emas sudah kering kontang,mereka memberikan alasan kononnya data hilang,senang sangat nak perbodohkan rakyat Pulau Pinang terutamanya melayu haprak penjilat tegar tapak kaki Guan Eng. insan dari blogger PISAU

Arab nak kata:... hoi hoi hoi hoi hoi bodoh punya alasan, 

 
 

JOM KITA SAMAN EZAM.


SHAH ALAM – Dakwaan Senator Ezam Mohd Noor yang mengatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pernah memberitahunya Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang peliwat disangkal sekeras-kerasnya oleh anak mereka, Nurul Izzah.

Nurul Izzah ketika dihubungi Sinar Harian berkata, tuduhan yang amat jahat seperti itu memang sudah dijangka keluar dari mulut Ezam yang sudah mendapat habuan Senator kerana menentang Anwar selama ini.

Katanya, pelantikan Ezam sebagai senator sebenarnya berfungsi sebagai pembuat pelbagai tuduhan dan kenyataannya di Kelantan malam kelmarin membuktikannya.

“Nasihat saya, teruskanlah dengan kerja jahat anda. Saya yakin anda akan mendapat balasan setimpal daripada Allah,” katanya.

Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, menegaskan, rakyat sudah faham dan boleh menilai sendiri kebenaran tuduhan yang dilemparkan Ezam kerana beliau sering menyerang Anwar dengan tuduhan yang tidak berasas.

“Rakyat Kelantan dan seluruh Malaysia bijak. Mereka boleh nilai aksi Ezam di atas pentas. Sudah dapat habuan, makin dahsyat tuduhan jahatnya,” katanya.

Arab Berkata:  wahai nurul Ahli Parlimen Pantai, kalau berani lah....jom lah kita ke balai polis buat saman yang diperkatakan oleh ezam itu tak betoi. !!! hoi hoi hoi hoi hoi..
blogger pejuang bangsa pun mencabar nurul
PEJUANG BANGSA: Jangan hanya pandai menyalak , kalau berani saman la
warisan2057: Surat Terbuka untuk Nurul Izzah

Wednesday, May 26, 2010

PAS HARUS BERTAUBAT...!!!!!! penyokong PAS mesti BACA,


Saya terbaca kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas iaitu Nasrudin Tantawi didalam akhbar online Harakah yang mengatakan bahawa Umno adalah lebih berbahaya dari Al-Arqam.

Nasrudin menyifatkan Umno sebegitu dengan alasan bahawa Umno lebih memperjuangkan bangsa melayu daripada agama Islam itu sendiri. Nasrudin juga mengatakan bahawa Umno sentiasa berusaha menjauhkan masyarakat Islam di dalam negara ini daripada mendalami ilmu agama.

Saya paling tertarik dengan kenyataan Nasrudin tentang konsert Jom Heboh TV3 yang dikatakannya sebagai haram tetapi kerajaan tetap membenarkan program tersebut berlangsung.

Disini sahaja jelas nampak kedungguan Nasrudin. Bukankah kerajaan Pas negeri Kelantan juga telah menganjurkan program dan konsert Jom Heboh di negeri itu pada 27 Mac yang lalu?

Mengapa ketika itu Nasrudin serta konco-konconya tak berdemo dihadapan Pejabat Menteri Besar Kelantan bagi membantah konsert yang dikatakan haram tersebut?

Apakah jika dibuat di Kelantan dan dianjurkan oleh ahlul-ahlul Pas, maka konsert Jom Heboh tersebut akan jadi halal? untuk berita penuh klik sini: blogger pusakaayahnda

dari blog GAP

arab nak kata: Sejak dua menjak nie aku tengok PAS dah mula merapu, orang penang kata perjuangan depa nie dah dalca malba, segala kepincangan telah terserlah,  bila UMNO BN buat semua tak elok di mata mereka. tapi bila depa buat. semua nya bagus di mata mereka dan penyokong2 mereka, hoi hoi hoi hoi hoi...!!!!

pas suka mengeluarkan fatwa merepek, suka menjual nama Allah dan Nabi. komen2 mereka semuanya sama., nabi pun macam nie...nabi pun macam tu. Allah pun kata macam nie...Allah pun kata macam tu. itu semua kerana apa??? kerana nak bagitau kat pengikut2 .mereka lah lebih islam.  aku nak bagi satu ayat Allah di dalam kitabNya...iaitu Al-quran. SIAPA MEREKA SEBENARNYA..

Berdusta dengan mengatakan apa yang mereka kata adalah daripada al-Kitab atau Allah:

"Dan antara mereka (ahli Kitab), ada segolongan yang memutarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu menyangkanya daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukanlah daripada al-Kitab; dan mereka berkata, 'Ia daripada Allah', tetapi ia bukanlah daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:78)

Kejahatan yang mereka lakukan berterusan hingga ke hari ini . Mereka dilarang daripada ditaati oleh orang-orang yang percaya kerana mereka mampu mengembalikan orang-orang yang percaya, sesudah mereka beriman, kepada kekafiran atau ketidakpercayaan. Firman-Nya,

"Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu mentaati segolongan daripada orang-orang yang diberi al-Kitab, mereka akan mengembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada orang-orang yang tidak percaya." (3:100)

Sudah terang lagi bersuluh. ini lah kerja PEMIMPIN2 PAS sekarang ini,  PUAK PUAK PAS HARUS BERTAUBAT, atau tunggu lah KECELAKAAN dari Allah.

Monday, May 24, 2010

NIZAR GILA TALAK.


ALOR SETAR 23 Mei - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan tetap mempertahankan kerajaan negeri yang diketuainya meskipun dengan kelebihan majoriti satu kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau berkata, sehingga kini, kerajaan negeri yang dipimpinnya adalah kuat serta masih memiliki majoriti yang cukup dan tidak ada sebab untuknya bertindak membubarkan DUN.

"Saya tidak akan bubarkan DUN hingga ke peringkat tidak mampu lagi bertahan. Hanya orang gila saja yang hendak bubar. Saya belum gila lagi," katanya ketika berucap pada majlis penerangan isu keluar parti di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.
Ihsan dari : :: KedahLanie ::

aku nak tergelak bila baca ini, dulu ramai dah kata kat nizar tu, dia tu gila, dia tu gila meroyan, sekarang nie baru kena kat muka nizar, wahai pak nizar gila talak, amacam sekarang tak kan lah nak dok diam kot. 

ANTARA KALIMAH ALLAH VS JUDI BOLA. PEMUDA PAS MESTI JAWAB


PAS yang bersetuju Allah digambarkan dalam konsep triniti, hari ini sibuk membantah isu lesen pertaruhan bola sepak piala dunia. Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan misalnya meminta Menteri, Datuk Jamil Khir dan para mufti menentang keras kebenaran ini.

Sebelum Pemuda PAS mencabar sesiapa eloklah mereka mencabar pimpinan mereka di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menarik semula lesen premis judi yang berada di negeri-negeri ini.

Sungguhpun semua lesen judi diluluskan oleh kerajaan Persekutuan, namun lesen membuka premis perniagaan termasuk judi di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Oleh kerana PBT di kelima-lima negeri ini di bawah Pakatan Rakyat maka kita cabar mereka menarik semua lesen kelulusan berniaga bagi premis judi ini.

Ramai kita tidak bersetuju dengan judi. Namun ramai orang bukan Islam sudah menjadikan judi ini budaya mereka.

Bukan setakat tikam nombor, malah keputusan pilihan raya negara ini juga sekarang ini dikawal oleh bookies yang pro DAP. Sebab itu di banyak kawasan Cina majoriti, BN kalah.

Sebagai Muslim yang tinggal di Malaysia kita hanya ada dua pilihan ketika ini:

1. Memilih parti yang mengatakan Allah ada anak bernama Jesus dan tidak salah mengatakan Allah dalam konsep trinity. Parti ini juga sungguhpun tidak mengeluarkan lesen hiburan baru tetapi membiarkan kegiatan perjudian haram, rumah urut dan VCD cetak rompak berleluasa bagi menguntungkan rakan dalam pakatan mereka.

Atau;

2. Memilih parti yang meluluskan lesen judi dan arak tetapi turut membuat undang-undang menghalang orang Islam berjudi atau minum arak.

Sudah tentulah jelas pilihan kita.

Usahlah buang masa berdemontrasi isu judi sukan sedangkan semua macam tikus dalam kepuk padi apabila berhadapan isu kalimah Allah.

Luluskan lesen judi haram tetapi bersengkongkol dengan parti yang melindungi judi haram, rumah urut dan kegiatan samseng tidak haram?

Kita cabar PAS dan Pakatan Rakyat tarik semua lesen premis judi di negeri Selangor.

Kita juga cabar PAS tutup semua pusat perjudian haram yang berselindung di sebalik kafe siber di Selangor jika benar mereka mahu menghapuskan perjudian.
sumber dari :mulutmelayu

Komen Arab : PAS sudah hilang pertimbangan apabila menggunakan agama demi kepentingan politik mereka, suka aku nak bagi beberapa ayat didalam alquran bagaimana Allah memceritakan depa nie macamana..
"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati (otak), tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat" (7:179).
"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami (tidak menggunakan akal)" (8:22).
"Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan" (25:44).

Sunday, May 23, 2010

PAS dan PKR nak jadi HERO JUDI.


KUALA LUMPUR 21 Mei - Kerajaan negeri Selangor dicabar menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di seluruh negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat untuk menghapuskan kegiatan tersebut. 

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, cubaan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mensensasikan isu berhubung pemberian lesen judi berkenaan menunjukkan sikap 'double standard' mereka.
"Ini permainan politik yang cuba dilakukan mereka dengan mencari pautan baru dan membangkitkan emosi rakyat. Jika mereka jujur saya cabar mereka untuk lakukan demonstrasi di Sekinchan.
"Tidak payah jauh-jauh. Pergi Sekinchan sahaja, di Jalan Tengah. Di Sekinchan sendiri sekarang sudah ada tiga pusat judi dan lima rumah urut. Di sana kita boleh lihat bukan hanya bukan Melayu tetapi orang Melayu sendiri turut berjudi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun kerajaan Persekutuan telah meluluskan pemberian lesen judi, namun operasi setiap premis judi itu bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri.
"Sedangkan untuk membina gerai nasi lemak pun perlukan kelulusan kerajaan negeri apatah lagi pusat judi. Kerajaan Pusat memang beri lesen tetapi keputusan untuk membenarkan operasi terletak di tangan kerajaan negeri.
"Jika mereka benar-benar berani dan tegas, kita cabar mereka untuk tutup 4,500 rumah judi dan pusat urut yang terdapat di Selangor. Jangan tahu menghentam sahaja," katanya.

Dalam pada itu Khir berkata, sikap Pas dan PKR itu menunjukkan parti-parti tersebut sebenarnya hanya menjadi kuda tunggangan DAP.
"Sudah jelas yang mereka hanya dipergunakan oleh DAP kerana di belakang operasi premis-premis tersebut sebenarnya ada samseng-samseng di bawah lindungan DAP.
"Benda ini dah terlalu lama, penduduk Selangor pun sudah jelak dengan sikap mereka. Maka kerana itu, mereka tiada hak untuk mensensasikan isu tersebut," katanya.


Komen Arab : dulu depa kata, kalu menang nak tutup kilang beer carlsberg, sampai sekarang tak ada pun nak tutup, baru je pi rampas beer kat kedai, kena jerkah dengan samseng2 DAP, PAS terus terkencing dalam jubah, dulu kata kalu pas menang pilihanraya. besok depa nak laksanakan hukum hudud dan negara islam, pastu sekali kerna tenking ngan DAP, terkencing lagi dalam jubah. oh my god, what the shame men..

Thursday, May 20, 2010

TOKEY JUDI VS ANWAR IBRAHIM.

Judi bukan sebarang judi. Macam-macam ada pada judi. Nallakaruppan, sahabat lama tenis Anwar adalah tauke judi magnum. Anwar ni dengan Al Qardawi dia berguru, dengan kit siang dia layan, dengan Nalla dia makan persen judi magnum. Hebatkan penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. 

Tapi Nalla tak supply jantan atau betina untuk Anwar. Yang jantan Anwar cari sendiri. Yang betina pun Anwar cari sendiri. Nalla cuma jadi pak sanggup asalkan magnum terus dapat lesen judi. Di zaman Anwar jadi Menteri Kewangan lah magnum jadi bertambah besar dengan pelbagai lesen judi yang Anwar luluskan untuk konglomerat itu. Itu sebabnya Vincent letak baik nya Nalla untuk kautim atau layan Anwar baik punya.

Di Malaysia, judi sudah jadi sebati dengan masyarakat cina. Bila tahun baru cina, mereka main judi. Bila duit lebih sikit mereka tikam judi. Bila pilihanraya kecil mereka bet judi. Judi sudah jadi budaya orang cina di negara ini. 

Fifa buat bola sepak Piala Dunia bukan tujuan nya untuk memulakan atau penggalakkan perjudian. Tapi manusia sangat kreatif. Manusia memperjudikan segala-galanya. Ada orang memperjudikan Agama. Ada orang memperjudikan Bangsanya dan ada orang memperjudikan Negaranya. 

Ada manusia yang lobi kuat kat DS Najib sehingga kononya lesen judi bola hendak diperkenalkan bulan Jun ini. Satu soalan cupumas apa beza judi bola dengan judi kuda ? Judi kuda jadi kegemaran Zaid Ibrahim, orang paling kuat Pkr yang disokong dan di dokong oleh Nik Aziz. Malahan Zaid pernah menang lebih dari rm450 000 bila kuda nya yang bernama ' kelantan" menang dalam perlumbaan. Tak pulak orang Pas sebok-sokong hentam tahi judi macam Zaid ni, malah mereka sokong Zaid 190 %. 

Jadi bila ada Timbalan Menteri kata nak bagi lesen judi bola maka kami tak terperanjat. Zaman Anwar jadi Menteri Kewangan, dia lah raja judi apa taknya, lesen judi dia luluskan, kaum kerabat dia makan persen judi, dia pun bersahabat baik dengan tauke judi. 

Tapi dalam keadaan sekarang dan Menteri Kewangan nya DS Najib, alangkah baik nya jika negara kita dapat dibebaskan dari penjajahan judi ini. Judi haram di sisi semua agama samada Islam, Kristian, Hindu atau Buddha. Ds Najib wajar tidak mengikut bontot Anwar terus dalam menjalankan dasar kewangan negara, termasuk dalam hal pendapatan negara. 

Menarik balik lesen judi bola akan memperlihat ketegasan PM dalam mendengar suara rakyat. Bukan kah itu RAKYAT DIDAHULUKAN.

sumber dari: warisan2057

Wednesday, May 19, 2010

KENAPA DAP MENANG DI SIBU


blogger GERAKAN ANTI PKR telah pun bersuara mengenai sikap orang cina buat kerja untuk memenangi pilihanraya,KLIK SINI: GAP

memang di akui mereka telah pun membuat kerja itu. dengan membawa seberapa ramai orang cina untuk pergi mendaftar pengundi, arab pernah mendengar ceramah pemuda di Tasek Gelugor, ahli panel telah menerangkan strategi kaum cina, mengikut kata kata beliau, DAP adalah yang paling kuat berkerja dengan memasukkan nama pengundi baru, arab telah pergi ke satu program negeri, bayangkan lah memang kita tidak pernah terfikir nak buat macam mereka buat. mereka telah menempatkan satu kiosk SPR  memanggil semua pengunjung2 untuk datang mendaftar,  PKR dan PAS pun kalah dengan cara mereka. kita UMNO buat apa !!!!! dok bergaduh sesama sendiri ja lah, penerangan UMNO tido ka...!!! ayuh bangun gerakan ketua penerangan setiap cawangan. bahagian . negeri, turun kebawah dan buat kerja. jangan tau dok buat lawak bodoh di atas pentas ceramah politik aja. kalu nak jadi pelawak arab cadangkan pi masuk raja lawak 5

now ada lah masa nya kita menyahut seruan blogger anti pkr, ayuh ramai ramai kita pi daftar pengundi, aku telah pun buat benda nie. aku selalu beringat pada fb kawan2 ...SUDAHKAN ANDA MENJADI PENGUNDI,  dan aku suka lagi sekali nak ingatkan, JANGAN LUPA PULAK BAYAR INCOME TAX,
klik sini : BertindakMengikutArahan

Thursday, May 13, 2010

PAS: JANGAN SENTUH PASAL 13 MEI, NAK MAIN ISU KALIMAH ALLAH ITU OK,

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob memberi amaran agar tidak ada pihak 'yang bergurau' tentang 13 Mei termasuklah Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) kerana tarikh tersebut mempunyai signifikan yang sangat merbahaya untuk negara ini.

13 Mei 1969 menyaksikan pertumpahan darah etnik yang terburuk semenjak pembentukan Malaysia, apabila parti-parti pembangkang seperti DAP, Parti Buruh dan GERAKAN (belum menyertai Barisan Nasional) besar kepala setelah memperolehi kemenangan dan berjaya menguasai kerusi-kerusi bandaran dalam pilihanraya umum pada tahun tersebut. Walaupun ada pihak yang cuba menyalahkan UMNO memandangkan perasaan tidak puas hati terhadap prestasi Tunku Abdul Rahman Putra yang menerajui kerajaan dengan sikap sambil lewanya, keganasan kaum tersebut telah dimulakan dengan perarakan besar-besaran mengusung keranda seorang lelaki Cina yang mati akibat sakit tua dan bertukar menjadi pertunjukan biadap dan kurang ajar kaum imigran terhadap orang Melayu dengan slogan-slogan subversif dan penyapu besar!

Pada masa yang sama, para pemimpin pembangkang yang besar kepala turut menyalahkan dan mengheret polis memandangkan majoriti anggota polis berbangsa Melayu dan beragama Islam. Dan apabila polis gagal menangani keganasan tersebut, satu platun tentera yang diketuai oleh seorang pegawai berbangsa Cina dihantar. Pun begitu, pegawai tersebut gagal melaksanakan tugas mengamankan dan akhirnya Askar Melayu Diraja digunakan untuk mengamankan Kuala Lumpur.

Keganasan tersebut hanya berlaku di Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang, penyokong-penyokong DAP, GERAKAN dan PKM cuba mencetuskan keganasan dengan pembunuhan kejam seorang lelaki Melayu. Bagaimanapun, pihak keselamatan berjaya mengawal keadaan. Di negeri-negeri lain, keganasan antara kaum tidak berlaku.

Pembohongan tentang peristiwa berkenaan berleluasa sehingga kini. Contoh paling ketara adalah seperti yang tertera dalam blog Penarik Beca yang cuba menyalahkan UMNO dan membela DAP dan Parti Komunis Malaya menerusi Parti Buruh. Darah Cina dan bulu roma Cina tidak hanya tidak gugur di Kelantan seperti yang didakwanya, sebaliknya negeri-negeri lain kecuali di Kuala Lumpur sepanjang 10-13 Mei 1969.

Amaran yang diberikan oleh Salahuddin Ayob itu sebenarnya wajar diberikan kepada geng Erdogan dan Liberalis Murtadin di dalam PAS dan Pakatan Rakyat memandangkan kecenderungan mereka untuk mencetuskan rusuhan dan keganasan kaum. Mereka tidak boleh menafikan peranan aktif yang sedang mereka mainkan untuk tujuan tersebut terutama dalam isu kalimah Allah dan sekatan kebebasan beragama di negara ini yang mereka wujudkan dalam khayalan Pakatan Rakyat!

sumber dari: theflyingkick

arab nak komen lah,,,,, puak pro BN tak boleh cakap apa...nnt akan di katakan RACIST,,  pak nizar tu dok menghasut kaum cina, tu apa kenamanya

Monday, May 10, 2010

SIBU : PAS KENA TIPU, PKR KENA Pongkok Kena Roket lah....

Kasihan tengok nasib pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang berkempen di Sibu. Misalnya di Kampung Hilir dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka, jumlah penduduk di situ yang datang dengar ceramah mereka boleh dibilang dengan jari.

Jam 10.30 malam, hanya kira-kira 20 orang.

Ketika Agendadaily singgah di situ, Sabtu malam Exco PKR Kerajaan Selangor Yaakob Sapari sedang berceramah.

Beliau macam cakap sorang-sorang saja kerana penonton yang ada buat tak kisah. Mereka berdiri tepi jalan sambil hisap rokok.

Barangkali niat sebenar ke situ hanya nak dengar tokoh hebat PAS Datuk Dr Hasan Ali dan Naib Presiden Salahuddin Ayob berucap.

Agendadaily nak tegur kedua-dua mereka segan. Bimbang mereka malu alah kerana tak ramai yang datang nak dengar cakap mereka yang selama ini berapi-api menghentam kerajaan.

Lagipun nampak kedua-dua mereka yang sedang tunggu giliran sudah macam orang mengantuk dan riak mukapun tak ada mood langsung.
 
Lagi satu yang menarik, walaupun Wong Ho Leong bertanding, yang buat kerja pasang poster dan bendera calon DAP itu terdiri dari muka-muka Melayu. 
 
Sumber dari : AgendaDaily

Komen Arab : abis lah...hancur lebur, mahphus mahphis,semua dah terlunjing pi.. nampaknya doa paderi nik ajis..Allah makbulkan, ameenn.

khalid samad dan mariah dah merapu kedana,


Khalid Samad juga tanpa segan silu menyatakan kepada wakil HarakahDaily bahawa Pas dan DAP kini bersama-sama diatas satu pentas bagi memastikan kebebasan beragama diamalkan sepenuhnya didalam negara ini.

Saya tertanya-tanya, sudah lenyapkah ideologi negara Islam yang selama ini Pas perjuangkan? Bukankah DAP itu menentang kewujudan negara Islam?

Yang paling menghairankan, pemimpin Pas seperti Khalid Samad dan juga Dr Mariah pula kini yang beria-ia mempromosi dan cuba menjuarai agama lain sedangkan DAP tak pula mahu mendekati Islam dan mentauhidkan Allah swt.Ihsan dari : pusakaayahnda

Komen Arab : ini lah padahnya kerana mabuk kuasa,, bagus jugak lah depa buat macam nie, adalah lebih baik depa pi sembanyang kat gereja atau tokong ada gak faedahnya, dari depa dok jadi orang munafik,





Monday, May 3, 2010

KICKDEFELLA: BURUKNYA PERANGAI SEORANG ULARMAK

Pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mendakwa diarah oleh pemimpin PAS untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS terus kekal memerintah di Kelantan suatu yang dianggap menggemparkan dan mengejutkan.

Tambahan pula beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengaku dibayar RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti dan menggerakkan operasi gerak saraf, adalah suatu bayaran yang cukup besar nilainya.

Maka tertanya-tanyalah orang ramai, dari kantung mana wang itu dikeluarkan. Apakah sumber untuk membayar penulis blog itu dikorek daripada wang tabung sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah PAS? Atau ia daripada wang projek balak?

Syed Azidi kelihatan yakin tentang perkara yang didedahkannya. Jika tidak masakan dia berani berdepan risiko saman daripada bekas bosnya yang pernah menyuruhnya hentam orang itu dan ini.

Dana RM4 juta untuk operasi gerak saraf pun sudah disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat Global Media Channel Sdn Bhd (GMC).

Sungguhpun sedikit sebanyak operasi gerak saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan Abdullah dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu boleh dianggap berkesan, tetapi kisah duit ini amat mengejutkan para penyokong PAS.

Selama ini bukan sahaja penyokong PAS, malah orang awam berpandangan penulis blog yang menyokong parti itu ikhlas berjuang tanpa minta dibayar, tetapi hakikatnya tidak begitu, sebaliknya dibayar begitu tinggi.

Jadi memang mereka patut marah. Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membela nasib orang miskin di Kelantan tetapi disalurkan untuk membuat fitnah dan memburuk-buruk sesama orang Islam.

Jika dana sebesar itu disalurkan kepada rakyat Kelantan, nescaya pelbagai bentuk kemudahan dan faedah dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu. Apatah lagi Kelantan bukanlah negeri yang kaya.

Tetapi, PAS Kelantan melihat dana sedemikian adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan cengkaman politiknya daripada digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sendiri.

Hakikatnya, di mana pemimpin PAS hendak letak muka apabila kini terbukti kerana tamakkan kuasa PAS sanggup tabur fitnah dan jual agama.
Sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam, perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang patut dijauhi. Tidak terfikirkah pemimpin dan penyokong PAS yang mereka telah berdosa kepada seorang pemimpin dan kerajaan Islam negara ini.
Kini tembelang pendekatan dan kaedah PAS (sebelum ini PKR) yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan BN didedahkan satu demi satu oleh penulis blog yang pro-PAS sendiri, Kickdefella.

 
Jika sebelum ini bekas sahabat dan pemimpin Anwar Ibrahim mendedahkan tembelang dan permainan kotor PKR terhadap pemimpin BN, kini Syed Azidi pula ke hadapan untuk mendedahkan pekung PAS hendak menjatuhkan BN.

Apa pun, semua kemelut dan kekalutan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah jelas, bukannya berpunca daripada kerja-kerja Umno tetapi adalah kerana kesedaran mereka yang telah insaf akan mainan politik kepentingan diri beberapa pihak dalam PAS dan PKR.

themalaysianinsider

APABILA GUAN ENG MAIN SILAP MATA, ORANG ISLAM PP KENA TIPU.

Rupa-rupanya Guan Eng anak kit sial ini penakut juga hingga terpaksa buat talian hayat kepada PAS Kedah. Nampaknya Pas Kedah lebih bijak tahu kenal siapa Guan Eng yang sebenar. PAS PP pimpinan Salleh Man adalah paling senang diperbodohkan malah sedia menjadi pencacai bersama Mansor dan Malik untuk follow segala arahan Tuan Guan Eng . Kebodohan puak-puak kopiah putih ini terjadi dek kerana kemaruk kuasa sangat dan kebencian terhadap UMNO dan BN .

Yang terbaru isu Guan Eng perbodohkan umat Islam PP adalah kerajaan PP telah membayar wang ehsan untuk membayar kesemua bill air rumah ibadat bukan Islam berjumlah 1.378juta pada 2009.Bayaran tersebut dibayar melalui sekeping check kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang. klik di sini ke blog pisau

Banyak tu jumlah bil air yang ditanggung Guan Eng dan pada masa yang sama beliau minta rakyat PP jangan bazir air . Kalau RM 1.378 juta boleh disalurkan begitu mudah kepada rumah ibadat bukan Islam , mengapa tak clear kan sekali bil air seluruh masjid dan surau di PP ??? Baru betul digelar Khalifah Umar Pas teragung sebaris dengan Tok Guru ..PejuangBangsa

bijak sungguh guan eng bercengkerama dengan orang melayu islam pulau pinang, dia bagi duit rm100 pada warga tua dan memberi bantuan kepada orang susah, dia heboh satu dunia yang kerajaan negeri pimpinan DAP-PR buat kerja membantu rakyat, orang melayu kata bagus lah guan eng ini, masa BN memerintah pun kami tak dapat apa apa pun. 
dengan pembongkaran blogger pisau,pejuangbangsa bahawa kerajaan DAP telah membayar bil air kepada tokong mereka yang berjumpa jutaan ringgit, guan eng senyap je. pandai sungguh dia main wayang cina ..!!!!!

PERMAINAN POLITIK YANG PALING KOTOR OLEH PAS,



KOTA BHARU 30 April - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz bersedia menyahut cabaran Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari untuk mendedahkan individu yang memberikan wang lebih RM 4juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi memburukkan kepimpinan, Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Beliau yang merupakan penulis blog Kickdefella bagaimanapun berkata, pendedahan tersebut tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan bila tiba masanya beliau akan dedahkan kesemuanya. Bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) turut menempelak Ahmad Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan kerana membuat kenyataan mendahului kepimpinan parti tersebut. 

"Saya menanti Setiausaha Akhbar Menteri Besar membawa isu ini kepada 'pimpinan parti' dan jika 'pimpinan parti' bersependapat dengan beliau bahawa saya perlu dedahkan nama individu-individu tersebut, diharap Setiausaha Akhbar Menteri Besar akan dapat membuat pengumumannya.

"Isu pokok di sini ialah golongan ini mempertikaikan sumbangan saya selepas tiga tahun berkhidmat dengan kerajaan Kelantan dan saya akan dedahkan siapa yang memberi dan bagaimana wang ini digunakan apabila tiba masanya nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Ahmad Fadhli yang memintanya supaya membuat pendedahan siapa penyumbang peruntukan menjalankan operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri itu. 

Sebelum ini, blogger tersebut mengakui menerima peruntukan sebanyak RM4 juta untuk melakukan operasi gerak saraf tersebut seterusnya mempermudahkan bagi Pas menewaskan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.
Bagaimanapun Kerajaan Pas Kelantan sehingga sekarang tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan itu malah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas ketika ditemui media semalam. 

Operasi tersebut dipercayai dilakukan oleh Syed Azidi melalui sebuah syarikat, Global Media Channel (GMC) Sdn. Bhd. yang diterajui beberapa pemimpin Pas termasuk sayap parti tersebut. Syed Azidi dalam tulisan terbarunya hari ini turut membidas sebuah blog, Tulang Besi yang menyatakan beliau dibela oleh pihak tertentu. "Saya telah didakwa sebagai Spy Mahathir, Agen UMNO, Ketua Task Force 13, Agen CIA, FBI dan Mossad.

''Setidak-tidaknya, kemukakan hitam putihnya. Saya pasti ramai yang ingin melihat buktinya. Saya pun sama. Hendak juga saya tuntut gaji dan elaun dari 'majikan' saya itu," katanya. Sementara itu, Syed Azidi berkata, beliau belum bersedia menemui Abdullah dalam masa terdekat kerana bimbang akan menimbulkan perspektif negatif.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah tetapi saya belum bersedia bertemu beliau, dalam Islam kita perlu menghindari perkara yang boleh menimbulkan fitnah disebabkan itu saya mengambil keputusan ini.
"Masanya tidak sesuai sekarang, jika saya bertemu dengannya orang mungkin akan mengatakan saya dibayar oleh beliau dan macam-macam fitnah lagi akan timbul, jadi saya tidak mahu perkara ini timbul," jelasnya.

sumber dari pakmie. 

Sunday, May 2, 2010

Nasrudin Tantawi buak lawak


Saya rasa kelakar juga apabila Ketua Pemuda Pas iaitu Nasrudin Tantawi membuat laporan Polis hanya kerana ada ugutan dari individu di sebuah laman sosial terhadap Nik Aziz.

Pertama sekali yang kelakarnya bagi saya ialah kerana selama ini Pas sering mengatakan bahawa pihak Polis di negara ini tidak adil dan tidak boleh dipercayai.

Keduanya, saya masih ingat lagi bahawa Nasrudin Tantawi inilah yang mendesak supaya Ketua Polis negara meletak jawatan kerana disifatkannya bahawa pihak Polis kini sudah hilang kredibiliti dan tak lagi telus didalam menjalankan tugas didalam kes arwah Amirulrashid.

Ketiga dan paling saya rasakan amat sinis ialah laporan Polis yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas ini seolah-olah menunjukkan bahawa Nik Aziz takut kepada ugutan. Dalam bahasa kasarnya "takut mati".

Saya tak menafikan bahawa perbuatan individu yang melemparkan ugutan kepada Mursyidul Am Pas ini agak keterlaluan. Dan memang saya katakan perbuatan mengugut seperti ini adalah kerja "orang yang tak berakal". Namun persoalannya disini, adakah pemimpin-pemimpin Pas juga menggunakan akal mereka didalam memainkan percaturan politik?

Semua tentu masih ingat tentang ungkapan doa pecah perut oleh Nik Aziz kepada DS Najib Tun Razak hanya semata-mata kerana mahukan royalti minyak di Kelantan. Apakah ini bukan satu ugutan bunuh kepada Perdana Menteri oleh Nik Aziz?

Selalunya orang yang pecah perut pasti tak akan hidup lagi dan itulah yang dimahukan oleh Nik Aziz ketika melafazkan doa tersebut kepada DS Najib.

Yang menghairankan, ketika itu tiada siapapun yang membuat laporan polis kerana semua memahami permainan politik yang di amalkan oleh pemimpin nombor wahid Pas ini. Dan jika DS Najib pun tak ambil kisah dengan "keampuhan" doa ulamak tersohor Pas ini, apakah kini perlu pemimpin-pemimpin Pas melompat dengan wujudnya ugutan oleh satu individu yang mungkin hilang kewarasan akal fikirannya?

Jika dinilai dari perspektif berbeza, mungkin budaya mengugut bunuh ini dipelopori oleh Nik Aziz sendiri. Apa salahnya pemuda dilaman sosial tersebut mengugut Nik Aziz kerana Nik Aziz juga telah mengajarkan "ilmu ugut" kepada seluruh rakyat Malaysia disebalik doa pecah perutnnya kepada DS Najib?

Saya cuma mampu tersenyum melihat telatah pemimpin-pemimpin Pas yang hilang kewarasan mereka seketika hanya akibat dari terkena "senjata" yang selama ini mereka gunakan terhadap orang lain.

Selama ini mereka amat berbangga dengan permainan doa pecah perut, solat hajat 7 hari 7 malam memohon Allah menurunkan bala terhadap seteru mereka dan juga Qunut Nazilah meminta Allah memusnahkan musuh politik mereka. Kini baru mereka tahu bagaimana rasanya apabila ada pihak yang mahu melihat kemusnahan pemimpin mereka sendiri.

Saya mengharapkan supaya kes ugutan seperti ini akan membuka mata kebanyakan pemimpin Pas khususnya Nik Aziz sendiri. Di akhir zaman ini, tuhan membayar secara tunai apa yang kita lakukan. Jika sebelum ini Nik Aziz dan kebanyakan pemimpin Pas sibuk meminta kemusnahan pemimpin kerajaan, adillah jika perkara yang sama juga berlaku terhadap diri mereka.

Namun satu perkara yang membuatkan saya tak berhenti tersenyum. Saya cuba membayangkan, jika murid Pas iaitu "Bob Bagan Pinang" yang dikhabarkan ditetak dengan pedang samurai pun langsung tak meninggalkan sebarang luka dibadan, pastinya Nik Aziz sebagai Tok Guru lebih hebat dari itu.

Karamah Nik Aziz pastinya lebih dahsyat kerana selipar tandasnya pun diceritakan boleh memberikan keberkatan kepada sesiapa yang menyimpannya.
sumber dari: pusakaayahnda

arab nak komen: pandai sungguh dia buat lawak bodoh, pandai pulak dia pi cari polis, TAK MALU !!!!!

Adakah keruntuhan siling menandakan keruntuhan parti Penipu Rakyat ??

MEMALUKAN !!!! PB desak Guan Eng diktator ini memberikan penjelasan segera berhubung keruntuhan siling di ruang dewan DUN PP petang semalam . Menurut sumber , siling di bahagian galeri Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang runtuh Jumaat menjelang persidangan Dewan yang akan bermula Isnin ini.

Menurut Speaker Datuk Abdul Halim Hussain, kira-kira 70 peratus siling di ruang tempat duduk media, pemerhati dan penulis hansard dilaporkan runtuh kira-kira 3.30 petang.

"Ketika kejadian, terdapat dua hingga tiga kakitangan berada di dalam bangunan. Bagaimanapun mereka tidak mengalamai sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarahkan untuk menyiasat kejadian.Ihsan dari : pejuangbangsa

Dewan Dun di Pulau Pinang runtuh 70% dan ia di buat zaman Omar Abdul Aziz secara tender terbuka. Seharian meninjau blog Pas , sekor pun tak berani kutuk. Dulu masa Dewan Parlimen bocor , bukan main hebat kritikan oleh bloggers Pas dan lain-lain parti pembangkang. tak percaya tengok : .syukran

apa sudah jadi, apek guan eng lu jangan sibuk pasai kes aminulrashid, bangunan macam tu pun lu tak tahu nak jaga ada hati mau ke putrajaya, pergi jaga tandas putrajaya boleh laaaaaa!!!!!

Saturday, May 1, 2010

DATO JOHN SOH CHEE WEN: SIAPA DIA ???? tunggu satu pembongkaran akan berlaku.!!!!!!!

Dato John Soh Chee Wen adalah banker kepada Parti Keadilan Rakyat dan juga bantu PKR susun strategi. Soh Chee Wen juga bayar memberi sumbangan duit untuk membiayai aktiviti laman web Malaysia Today, Malaysiakini dan juga untuk membantu Raja Petra Kamarudin hidup mewah sebagai banduan di London.
Soh Chee Wen adalah seorang taukeh China yang telah jadi kaya dengan bantuan Anwar Ibrahim sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia kroni Anwar. John Soh Chee Wen sekarang memiliki 118 syarikat berdaftar. Tapi hanya 18 syarikat saja yang aktif :
  • Dian Modal Marketing, WW Wings Corporation, WW Wing Chemical Industries, WW Trading, 
  • Big Boy, Prestige Creation, Ambang Aktif Malaysia, Global Markvest, 
  • Bintang Piramid, Helang Ria, Fasa Masyur dan Indra Pesona adalah sebahagian daripada syarikat John Soh Chee Wen yang aktif. Semuanya syarikat Sendirian Berhad. 
Selaku Ketua Perancangan dan Pembangunan Sumber PKR, dia merangka strategi parti dan mempunyai akses secara langsung dengan Anwar Ibrahim. John Soh terlibat dalam strategi perang propaganda PKR.

Dia pernah menggesa PKR mengadakan latihan pendaftaran pengundi dan juga telah memperkenalkan sistem ‘multi level marketing’ (skim cepat kaya) sebagai strategi PKR mewujudkan organisasi kumpulan kecil tetapi menyeluruh.

John Soh membiayai operasi Antara TV, TV Internet PKR dan Suara Keadilan serta berpengaruh di Malaysiakini dan Malaysia Today untuk menyiarkan berita Anwar Ibrahim dan PKR. Juga membiayai aktiviti Aasil Kazi Ahmad, seorang agen CIA, warga negara Amerika keturunan Pakistan, yang menjadi ahli strategi media Anwar.

John Soh Chee Wen telah juga belanjakan duit untuk membuat filem di Indonesia dan Hong Kong mengenai isu Altantuya. Dia juga telah bantu memperluaskan Malaysia Today (Laman web Raja Petra Kamarydiin) untuk menghimpunkan berita daripada Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Soh Chee Wen juga telah mengupah Private Investigator untuk menyiasat latar belakang Saiful Bukhari Azlan untuk tujuan bantu Anwar menghadapi tuduhan liwat. sila baca ini: anwaraidc

Tapi baru ini pendirian John Soh Chee Wen dipercayai makin berubah. Dia khuatiri krisis kepimpinan PKR yang telah memecahbelahkan parti yang mengakibatkan beberapa ADUN dan Ahli Parlimen PKR meninggalkan parti. Soh Chee Wen telah mendesak Anwar Ibrahim menjelaskan pendiriannya berhubung perkara ini.

(Berita terkini ialah bahawa bendahari PKR Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat telah keluar PKR dan menyertai UMNO. Dr Halili pernah dikenalpasti sebagai calon PKR di Hulu Selangor.)

John Soh Chee Wen telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Anwar Ibrahim atas beberapa isu. Antaranya ialah:

* tidak senangi Datuk Ravi yang sekarang sangat akrab dengan Anwar (mungkin Ravi ganti Nallakurappan)

* tidak setuju cara samseng Azmin Ali dan Tian Chua yang juga cuba memburuk-burukkan nama John Soh Chee Wen dalam parti

* John Soh juga tidak senangi MB Tan Sri Khalid dan telah mula mengatur strategi untuk singkirkan Khalid daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

* Soh Chee Wen setuju dengan Datuk Sallehudin Hashim mengambil tindakan saman terhadap Syed Hussin Ali, Tian Chua dan Khalid Ibrahim.

* bersekongkol dengan Raja Petra Kamarudin dan Datuk Salehuddin Hashim menonjolkan Zaid Ibrahim dalam PKR dan pada masa yang sama menghentam Azmin Ali. Zaid Ibrahim dilihat sebagai pengganti Anwar Ibrahim jika Anwar masuk penjara.

* John Soh telah berkata kepada sahabatnya bahawa dalam dua tahun ini Anwar tidak membuat sebarang perkara yang signifikan untuk perjuangan parti.

Hubungan dengan pimpinan BN

John bertanggungjawab membawa masuk Chua Jui Meng menyertai PKR. Dia masih mempunyai pertalian rapat dengan beberapa pemimpin MCA. John masih mendapat maklumat sulit daripada pemimpin tinggi MCA berkenaan kedudukan MCA di lapangan untuk manfaatkan PKR.

Baru ini John telah beri bantuan kepada seorang pemimpin tinggi MCA dalam rebutan tiga penjuru untuk jawatan parti. Ini termasuk mengatur wawancara dengan Malaysia Today serta ‘membocorkan’ soalan wartawan kepada pemimpin itu untuk membuat persiapan awal.

Jika Anwar dan PKR naik, John Soh sedia menjadi penyokong dan pengampu. Jika MCA naik, John Soh juga sudah melabur duit dalam MCA. Jika pemimpin MCA hendak lompat parti pun John Soh sudah sedia membantu.  sumber dari : parpukari

arab nak bongkar: dengar kata dia ada hubungan luar biasa ngan CSL jugak, tunggu kita akan bongkar kan.

Lokman Noor Adam ditaja oleh yahudi!!!!.


Berikut merupakan pendedahan sdr Lokman Noor Adam, bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan berkenaan dengan sumber kewangan parti Keadilan.

Pendedahan ini dibuat beberapa minggu sebelum pilihanraya umum 2004. Ketika itu Lokman bersama 'geng 12' termasuk Zahid Mat Arip, Hanafiah Man (sekarang di Agendadaily), Roslan Kassim dan beberapa orang lain telah bertindak keluar parti. Ketika itu nama parti masih Keadilan, kerana proses pengabungan antara Parti Keadilan dan PRM yang dinamakan sebagai PKR dilakukan selepas PRU 2004.

Dalam pendedahan ini, Lokman mendedahkan bagaimana mesyuarat sulit antara wakil-wakil parti Keadilan iaitu Wan Azizah dan Azmin Ali dengan pihak penaja, George Soros, seorang Yahudi terkaya di Amerika Syarikat pada tahun 2003.

Cerita pertemuan ini bocor kepada Lokman dan inner circle Pemuda Keadilan (Ezam, Zahid Mat Arip dan lain-lain) apabila wakil Tian Chua yang disebut kekasih Tian Chua bergaduh dengan Azmin Ali. Azmin tidak benarkan wakil Tian Chua terlibat sama kerana tidak mahu mempunyai saksi.

Siapa kekasih Tian Chua itu ? Dua orang yang disebut status kekasih Tian Chua ketika itu iaitu Elizabeth Wong dan Mabel Aun, yang dikatakan 'tunang' Tian Chua dari Hong Kong. Tetapi antara keduanya, Tian Chua lebih rapat dengan Elizabeth Wong, yang keduanya tinggal serumah di Petaling Jaya. Kedua-dua aktivis NGO SUARAM dan HAKAM yang menjadi NGO utama penyokong PKR.

NGO SUARAM dan HAKAM menerima kewangan dari NED (National Endowment for Democracy), sebuah yayasan demokrasi Amerika Syarikat.


Dalam video ini juga Lokman menunjukkan slid-slid keluar masuk kewangan yang menunjukkan transisi kewangan dari luar kepada Khalid Jaafar, Pengarah IKD.

Bermakna dalam urusan melobi kewangan luar kepada parti Keadilan, tiga individu yang dipertanggungjawabkan oleh Anwar menyertai proses rundingan iaitu Wan Azizah, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

Selain 3 individu yang disenaraikan di atas, mereka bukanlah orang yang benar-benar dipercayai oleh Anwar.

Dalam pendedahan kedua ini, Lokman Noor Adam mengemukakan dua slid kewangan (slid akuan Citybank, New York & Seloka Gelora Sdn Bhd) sebagai bukti.

Dalam pendedahan itu, Lokman Noor Adam mendakwa kedua-dua slid itu dibekalkan oleh Azwandin Hamzah, pegawai IKD (Institut Kajian Dasar) merangkap bekas exco Keadilan pusat.

Kedua-dua slid ini melibatkan penama KHALID JAAFAR, Pengarah IKD yang juga merupakan ahli lembaga pengarah Syarikat Gelora Sdn Bhd. Azwandin juga merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat itu.

Khalid Jaafar merupakan peneraju utama badan pemikir Anwar (IKD), beliau juga mencipta satu syarikat bernama SYARIKAT GELORA SDN BHD sebagai perantaraan kemasukan dana-dana asing ke Malaysia melalui akaun syarikat tersebut. Akaun syarikat ini menggunakan perkhidmatan bank CITYBANK, NEW YORK (cawangan Kuala Lumpur).

Dalam video yang bakal anda tonton ini mempersoalkan dua perkara;

1. Mengapa Anwar membawa Azmin Ali (Naib Presiden PKR) dan Khalid Jaafar (Pengarah IKD) semasa berjumpa dengan Paul Wolfowitz(Yahudi), di Pentagon, Amerika Syarikat pada tahun 2005 ?

Apa justifikasi Anwar membawa kedua-dua mereka, kerana kedua-dua mereka ini pernah dikaitkan sebagai 'perantaraan' menerima dana asing bagi pihak Anwar ?

Paul Wolfowitz, ketika itu adalah Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, satu jawatan yang menjaga kepentingan CIA. CIA pula terkenal sebagai imej penaja kewangan untuk menyokong proksi-proksi Amerika di seluruh dunia. Apakah ini konspirasi Anwar-Wolfowitz yang membabitkan penajaan kewangan CIA ?

Tempat perjumpaan mereka juga mencurigakan, Pentagon, Amerika Syarikat, PUSAT CIA. Tidak semua 'muslim' dapat menjejakkan kaki ke pusat CIA, selepas peristiwa 9/11, kecuali individu-individu yang telah dikenalpasti sebagai rangkaian ejen CIA. Adakah Anwar juga termasuk dalam rangkaian ejen CIA ?

2. Kenapa Anwar berjumpa dengan Robert E Rubin(Yahudi), bekas Setiausaha kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin orang yang berpengaruh dalam polisi kewangan Amerika Syarikat ?

Apakah kerana faktor E Rubin adalah Chairman of Citigroup, seorang pengerusi yang menyelia semua rangkaian bank, Citybank New York ?

Apakah kerana faktor E Rubin merupakan salah seorang co chairman CFR (Council on foreign Relation), di mana Anwar salah seorang ahlinya ?
Sumber dari : anwaraidc


Arab nak kata: lokman adam aku minta maaf kerana aku pakai tajuk itu. saja je aku nak kasi gempar sikit, hang jgn marah aku, aku tak bersalah, jangan tembak aku, aku hanya blogger,
Related Posts with Thumbnails