Saturday, November 25, 2017

PENDAPATAN NEGARA BERTAMBAH RM1.3Billion DALAM PELANCONGAN KESIHATAN

Pendapatan Pelancongan Kesihatan  RM1.3 Bil Tahun Ini 

Kerajaan memberi fokus kepada pelancongan kesihatan kerana menjadi lubuk emas untuk menambah pendapatan negara.

Industri ini diramal menjana pendapatan sebanyak RM1.3 bilion tahun ini,  meningkat 16% berbanding RM1.2 bilion pada 2016. 

Dalam Bajet 2018, kerajaan peruntuk RM30 juta untuk promosi bidang ini.

Ia telah membuka banyak peluang pekerjaan seperti pengamal perubatan, fasilitator kesihatan, pemandu pelancong, pekerja hotel dan banyak lagi.
  
Kos rawatan yang berpatutan antara faktor hospital di Malaysia menjadi pilihan.

Misalnya,  kos pembedahan pintasan jantung antara RM30,000 hingga RM50,000 berbanding di Amerika Syarikat lebih RM100,000.

Prince Court Medical Center, Hospital Ampang Puteri, Sime Darby Medical Center dan Hospital Mata Tun Hussein Onn antara pusat perubatan popular di kalangan pelancong. 

Malah, Prince Court Medical Center dipilih antara yang popular di dunia.


#1MalaysiaNegaraku #NajibRazak  #Bajet2018 #kamigengnajibrazak #kekalnajib 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails